Sekadar gambar hiasan
Pelik tapi benar! Itu lah kata-kata yang sesuai menggambarkan situasi seorang lelaki yang mengaku fetish terhadap rambut.
Fetish nak isteri botak
Sekadar gambar hiasan
Menerusi perkongsian di aplikasi X, seorang lelaki yang tidak mendedahkan identiti memberitahu bahawa dia memiliki kecenderungan suka melihat isterinya berambut botak.
Saya lelaki, 25 tahun baru berkahwin beberapa bulan lalu. Sebelum berkahwin, saya tak pernah beritahu teman wanita saya ada fetish rambut. Masa dating, saya tak pernah cakap pasal ni dekat dia dan lepas kahwin, semuanya berubah.
Tambah lelaki berusia 25 tahun itu lagi, isterinya perlu mendapatkan persetujuannya setiap kali mahu melakukan apa-apa terhadap rambutnya termasuklah cara pemakaian tudung.
Apa-apa yang dia buat pada rambut dia adalah atas persetujuan saya. Saya suka tengok dia pakai tudung dengan rambut ikat satu tanpa pakai anak tudung. Jadi, saya boleh main rambut dia (dalam tudung) setiap kali tengah memandu.
Dia tak cakap apa-apa tentang ini dan dia nampak suka je. Tapi fetish saya adalah nak isteri aku botak. Aku nak kepala isteri aku botak licin. Aku cuma mampu tengok TikTok dan Youtube sahaja. Aku tak pernah nak cakap dekat dia. Aku nak tapi aku tersepit. Macam mana aku nak buat. Hati aku meronta.
Pendedahan yang dikongsikan itu mendapat pelbagai respon daripada wargamaya yang rata-ratanya berasa pelik dan tertanya-tanya benarkah wujud fetish sedemikian. Tidak kurang juga ada yang menasihati lelaki berkenaan supaya mengawal keinginan seksualnya.
Sumber: Aplikasi X