berita

Fezrul Khan Bela Enam Ekor Anjing Untuk Jaga Kebun – ‘Jangan Suka Hati Tuding Jari Orang Masuk Neraka’

November 4th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Perkongsian yang dibuat pelakon Fezrul Khan di Instagram (IG) mengenai anjing peliharaan mengundang pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.

Artikel Berkaitan: Julia Farhana Mengaku Bela Anjing, Tak Langgar Batas Sebagai Muslim Sebab Dah Dilatih – ‘Kami Tak Pernah Bersentuhan & Julio Bukan Jenis Air Liur Meleleh’

Bukan saja bela

Ketika dihubungi OhBulan!, Fezrul menyatakan dia mempunyai enam ekor anjing di bawah jagaan dirinya. Kata Fezrul, 40, anjing-anjing itu dibela bertujuan untuk menjaga kebun miliknya.

Saya ada enam ekor anjing. Saya latih anjing saya supaya diri saya selamat ketika berada di kebun. Saya jaga pokok dan ada jadual yang perlu diikuti.

Kadang-kadang itu ada terskip jadual baja. Jadi saya kena baja pada waktu tengah malam.

Di situ la fungsi anjing-anjing saya. Pernah baca pasal nenek dalam perut ular sawa? Orang yang tertimbus dalam runtuhan bangunan, anjing k9 yang selamatkan.

Anjing adalah ciptaan Tuhan. Saya jaga anjing untuk keselamatan saya juga. Cuba duduk dalam hutan sorang, baru tau macam mana rasa.

Pelacur bagi anjing kehausan pun masuk syurga. Jadi jangan suka-suka tuding jari orang ini masuk neraka atau syurga.

Anjing ciptaan Allah

Dalam pada itu, pemilik nama Fezrul Khan Junaidi Khan memohon kepada orang ramai untuk menyemak hukum terlebih dahulu sebelum menghukum.

Semua binatang adalah ciptaan Allah. Jangan cepat sangat hukum, ada sebab haiwan itu wujud. Babi saja yang diklasifikasikan sebagai najis dalam Al-Quran.

Mazhab Arab lain, mazhab Malaysia lain. Jadi kita ikut apa yang tertulis dalam Al-Quran. Baca Al-Quran dulu baru baca hadis. Ini nasihat saya.

Sumber: Instagram @fezrulkhan

SKIP THIS AD ×