Selepas mengumumkan penceraiannya di media sosial, pelakon Rashidi Ishak terpalit pula dengan kontroversi kononnya dia menjalin hubungan dengan seorang gadis yang dikenali sebagai Fify Azmi.
Menerusi Berita Harian, Rashidi memberitahu gadis tersebut merupakan kenalan dan bekas pekerjanya. Tiada apa-apa hubungan antara mereka berdua.
Idea promosikan produk
Saya dihujani panggilan telefon dan mesej yang bertanyakan hubungan saya dengan Fify. Apa yang berlaku adalah ketika mencari idea untuk mempromosikan produk minyak wangi yang saya usahakan, saya terfikir mendapatkan bantuan Fify.
Saya tahu, kalau hendak membayar artis daripada kategori A, bayaran mereka tinggi. Jadi, saya minta bantuan Fify untuk membantu menjayakan promosi produk ini.
Kontroversi hubungan mereka hangat diperkatakan netizen apabila foto mereka berdua tersebar di Instagram. Foto tersebut menjadi bahan netizen kononnya mereka menjalinkan perhubungan di samping dikatakan penyebab rumah tangga pelakon itu bermasalah.
Saya simpati dengannya
Saya sangat simpati dengannya. Kami tak ada apa-apa hubungan, malah saya juga tidak mempunyai mana-mana teman istimewa ketika ini.
Rashidi mengumumkan bercerai di Mahkamah Syariah, 9 Ogos tahun lalu. Melalui Instagramnya, dia tidak berniat untuk merahsiakan berita perpisahan itu, sebaliknya ingin menjaga hati dan perasaan keluarga kedua-dua belah pihak.
Selepas berbincang bersama, kami fikir, ini cara terbaik (berpisah). Daripada memendam rasa, lebih baik kami berundur daripada ikatan ini. Kami rujuk masalah ini kepada semua orang dalam keluarga dan anak-anak. Mereka menerima keputusan ini.
Sehinggalah malam tadi, baru saya membuat keputusan entri ini perlu dikongsi. Saya bertanggungjawab untuk menghebahkan perkara ini (perceraian dengan Vanidah) kepada semua orang.
Dia memberikan bayangan bahawa kegagalannya sebagai ketua keluarga merupakan punca keruntuhan mahligai yang dibina sejak 17 tahun lalu itu.
Sumber: Berita Harian