berita

‘Fikir Untuk Cegah Sahaja’ – Nikita Mirzani Rancang Beri Kondom Secara Percuma Di Indonesia

February 3rd, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Bagi mengelakkan jumlah kehamilan meningkat terutama ketika pandemik Covid-19 ini, selebriti sensasi, Nikita Mirzani, bercadang memberi sumbangan kondom secara percuma buat seluruh masyarakat di Indonesia.

Menerusi laporan Detik.com, Nikita mementingkan pencegahan awal kerana Indonesia sudah memasuki fasa perlaksanaan Pembatasan Sosial Berskala Besar (PSBB).

Banyak habis masa di rumah

Di kala PSBB dilaksana ketika pandemik ini boleh menyebabkan angka kehamilan meningkat di Indonesia berikutan pasangan suami isteri banyak menghabiskan masa bersama di rumah. Jadi, bagi mengurangkan kadar kehamilan ini daripada terus meningkat, maka saya merancang untuk menyumbangkan kondom secara percuma bagi mencegah ibu-ibu daripada hamil.

Menurut Nikita, sumbangan kondom tersebut sedikit sebanyak membantu mengurangkan jumlah kehamilan daripada terus meningkat secara drastik di negara berkenaan. Tambahnya, peningkatan jumlah kehamilan yang berlaku dilihat bakal menambah tanggungjawab sesebuah keluarga dan ia mampu memberi kesan pada jangka masa yang panjang lebih-lebih lagi ketika pandemik ini.

Lihat ke arah positif

Soalnya, bila pasangan suami isteri ada banyak waktu bersama  di rumah, pasti akan menyumbang pada kehamilan. Tapi jika hamil dan tidak dirawat, nanti buat apa. Saya hanya memikirkan untuk bantu mencegah sahaja dan tidak kisah jika hasrat mengedarkan kondom secara percuma ini bakal sensasi kerana hasilnya saya lihat ke arah yang positif.

Di samping itu, Nikita memandang usaha yang bakal dilakukan ini mampu menghasilkan impak yang positif. Nikita merupakan salah selebriti yang aktif menghulurkan bantuan dan sumbangan kepada masyarakat sepanjang pandemik ini berlaku. Antara usaha Nikita yang dihargai oleh seluruh masyarakat di Indonesia adalah dia mengedarkan satu trak vitamin C kepada pekerja kesihatan dan pesakit di Wisma Atlet, Jakarta.

Sumber: Detik.com

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×