berita

Fikry Ibrahim Kena Gangguan Seksual Masa Tukar Baju, Wanita Itu Cakap; ‘Alah Tak Luak Pun’

April 4th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Gangguan seksual adalah perlakuan lucah yang tidak direlakan oleh mangsa dan keadaan ini akan sering menghantui kehidupan harian. Situasi sama juga yang dialami oleh pelakon Fikry Ibrahim ketika dia berada di set penggambaran drama.

Alah tak luak pun

Fikry mendedahkan dia pernah menerima gangguan seksual berbentuk lisan daripada seorang wanita ketika sedang menukar baju.

Kata Fikry, 28, dia terkesan dengan percakapan dari wanita terbabit yang langsung tidak sensitif dan menganggap gangguan seksual tidak relevan kepada kaum lelaki.

Ada ketika di satu set shooting saya tengah tukar baju, seorang perempuan masuk ke dalam bilik dan saya terpaksa tunggu dia keluar dahulu.

Tapi, katanya kepada saya ‘alah tak luak pun’. Cuba kalau saya cakap benda sama kepada dia adakah itu dianggap gangguan seksual atau tidak?

Bukan itu saja, banyak lagi gangguan yang berlaku secara lisan yang kita tidak sedar. Kalau berjalan di luar pun ada juga terjadi.

Saya sensitif dengan perkataan, bagi saya kalaulah benda sama saya cakap, adakah awak boleh terima? Adakah boleh cakap begitu sebab saya lelaki?

Fikry berkata demikian ketika sesi sidang media maya drama terbaharunya, Nusyuz Berkiblat Cinta, baru-baru ini.

Buli secara emosi

Dalam pada itu, pemilik nama Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim menegaskan kelakuan itu boleh mengganggu emosi sehingga menyebabkan kemurungan pada individu berkenaan.

Justeru, dia berharap agar budaya sedemikian tidak dinormalisasi kerana kesannya sangat mendalam tidak kisah pada wanita atau lelaki.

Ia memberi kesan kepada seseorang secara tidak langsung. Ia pernah terjadi kepada saya dan tidak mustahil juga kepada orang lain.

Selalu kita dengar berlaku kepada golongan wanita. Tapi tanpa disedari ia berlaku kepada golongan lelaki juga.

Sebagai contoh kalau kita puji bahagian tertentu di badan perempuan itu sensitif, tapi bila dicakapkan kepada lelaki ia dianggap normal. Sedangkan subjek yang dibincangkan adalah sama.

Ia bukan membuli secara fizikal tetapi secara emosi. Saya tiada rasa terlampau sensitif tetapi bagi orang lain ia boleh mengaibkan atau menjatuhkan maruah atau boleh menyebabkan kemurungan.

Kadang-kadang kita nak ketengahkan kesamaan jantina pada masa sama sebenarnya kita menolak kesamaan jantina. Tak perlu dinormalisasikan kerana dari lisan akan menjurus ke arah perbuatan pula.

Sumber: Instagram @fikryibrahim

SKIP THIS AD ×