berita

Filem Jackie Chan ‘Ride On’ Menyentuh Perasaan

April 12th, 2023 | by Wani
Kini Trending

Filem ‘Ride On’ dibawakan oleh Pemegang Hak Pengedaran Malaysia, Shanghai Pictures Sdn Bhd dan diedarkan di Malaysia oleh Lotus Five Star dengan rakan pemasaran Infinity Entertaiment Marketing.

Mengenang filem ikonik Jackie Chan

Larry Yang merupakan pengarah dan penulis untuk filem ‘Ride On’ yang menggabungkan minatnya terhadap kuda. Selain itu, dirinya juga difahamkan seorang peminat setia filem lama Jackie Chan.

Filem ini mengisahkan seorang seorang pelakon lagak ngeri bernama Luo yang dimainkan oleh Jackie Chan yang tinggal bersama kuda kesayangannya ‘Red Hare’. Apabila kehidupan mereka mula diancam oleh pemungut hutang untuk melelong kuda kesayangganya itu, Luo cuba mendapatkan bantuan daripada anak perempuannya Bao (Liu Haocun) dan teman lelakinya Mickey (Kevin Guo).

Pelbagai adegan aksi dalam fillem ‘Ride On’ yang membawa kembali kenangan silam filem-filem ikonik Jackie Chan dengan koreografi yang menyerupai filem asal. Filem ini membawa adegan komedi dan menyentuh perasaan dengan kemesraan Jackie Chan bersama anak didik baru ‘Red Hare’ dan bakal menantunya.

Selain Jackie Chan, terdapat barisan pelakon yang turut serta menjayakan filem ‘Ride On’ iaitu Liu Haocun, Kevin Guo, Andy On, Joey Yung dan penampilan istimewa Wu Jing, yang dijemput oleh Jackie Chan sendiri untuk filem tersebut.

Filem ‘Ride On’ bakal ditayangkan di pawagam pada 13 April 2023 dalam dua bahasa iaitu Kantonis dan Mandarin.

SKIP THIS AD ×