berita

Filem ‘La Luna’ Berunsur Liberal? Shaheizy Sam Dah Minta Pandangan Ustaz Di Makkah – ‘Saya Tidak Ketepikan Agama’

March 1st, 2024 | by Shahrin
Kini Trending

Shaheizy Sam

Pelakon, Shaheizy Sam menganggap setiap individu mempunyai pandangan yang berbeza untuk menilai filem lakonannya berjudul ‘La Luna’ yang didakwa mempunyai unsur liberal dan ‘soft porn’.

Artikel Berkaitan: Ustazah Asma’ Harun Dakwa Filem ‘La Luna’ Beri Persepsi Buruk Kepada Agama Islam

Artikel Berkaitan: Shahiezy Sam Dedah Syatilla Melvin Paling ‘Soft Spoken’ Dalam Kalangan Adik Beradik

‘Saya bukan liberal’

Shaheizy Sam

Ketika ditemui OhBulan!, Sam berkata dia menerima setiap pandangan dengan hati yang terbuka dan menyatakan hanya Allah yang tahu niatnya ketika melakonkan filem tersebut.

Setiap pandangan manusia berbeza-beza, ustaz dan pendakwah juga ada pandangan mereka. Jadi pandangan siapa yang kita nak ambil dan guna pakai? Kalau bercakap tentang niat buat sesuatu perkara, hanya Allah yang tahu niat tersebut.

Berbalik kepada seseorang individu itu bagaimana dia kaitkan dengan kehidupan sendiri atau orang lain atau dengan agama. Saya terima pandangan semua orang.

Sam berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Program Ramadan Astro 2024 yang diadakan di M Resort @ Hotel Kuala Lumpur, pada Khamis.

Dalam pada itu, isteri kepada aktres Syatilla Melvin berkata dia mengetahui mengenai isu filem tersebut ketika mengerjakan umrah di Makkah, baru-baru ini.

Menurut Sam, dia juga ada meminta pandangan daripada beberapa rakan ustaz ketika di Tanah Suci.

Saya ada borak dengan ustaz-ustaz di Makkah, sebab ketika saya dengar isu itu timbul saya sedang di Makkah. Saya tanyakan pandangan mereka, mereka dah tengok dan kata tiada apa pun.

Terpulang pada hati nak hukum filem itu bagaimana. Tapi ramai yang datang pada saya cakap filem itu seronok. Tapi saya sendiri sangat enjoy dengan filem ini kerana antara filem yang saya gemar.

Fikiran saya tidak sampai ke tahap liberal atau nak mengetepikan agama. Saya sendiri beragama Islam dan saya bukan liberal.

Dalam pada itu, ketika diminta mengulas mengenai dakwaan segelintir pihak yang mengatakan semakin banyak filem didakwa berunsur liberal, Sam menjawab tugas tersebut akan dipantau oleh pihak Lembaga Penapisan Filem (LPF).

Terus terang, perkara sebegitu saya sendiri berasa segan. Tetapi macam saya sebagai seorang pelakon dan beragama Islam, saya ada garis panduan yang diikut.

Kadang-kadang saya punyai kajian dalam berlakon itu terhadnya sebagai pelakon sahaja. Saya pun bukan orang yang cerdik pandai dalam agama.

Jadi saya punya kajian tentang sesuatu filem adalah sebagai pelakon, tetapi ada satu lapisan lagi yang saya rasa selamat bila ada LPF. Oleh itu, saya tak rasa LPF akan lepaskan filem yang tidak elok ditonton oleh peminat tanah air.

SKIP THIS AD ×