berita

Filem Legends of Oz: Dorothy’s Return Bawa Kanak-Kanak Mengembara!

May 21st, 2014 | by Noraniza
Filem Antarabangsa

Marshal Mallow, Dorothy & Wiser

Siapa kata industri animasi tidak boleh berkembang? Buktinya, sebelum ini filem Frozen bukan sahaja berjaya memikat hati kanak-kanak, malah orang dewasa juga terjebak.

Kita lupakan sebentar soal Anna dan Elsa kerana kini sebuah lagi filem animasi, Legends of Oz : Dorothy’s Return dijangka bakal pecah panggung bermula pada 5 Jun depan.

Menariknya, skrip filem yang dihasilkan oleh Adam Balsam dan Randy Barnes ini diinspirasi daripada buku “The Wonderful Wizard of Oz” karya L. Frank Baum dan buku bersiri “Dorothy of Oz” yang ditulis oleh cicitnya sendiri, Roger Stanton.

POSTER

Poster rasmi Legend of Oz: Dorothy’s Return

Filem animasi bergenre muzikal ini menampilkan suara pelakon-pelakon terkenal seperti Lea Michele, Martin Short, Dan Aykroyd, Jim Belushi dan Kelsey Grammer.

Kisah bermula apabila Dorothy telah dibawa semula ke bumi Oz melalui pelangi ajaib yang telah diutuskan oleh rakan-rakan lama mereka iaitu Scarecrow, Tin Man, dan Cowardly Lion.

Mereka membawa Dorothy pulang ke bumi Oz untuk membantu mereka menentang Jester, abang kepada Wicked Witch of the West yang penuh tipu muslihat. Jester telah menangkap setiap ketua kawasan dan meninggalkan semua daerah tersebut di dalam sumpahan kegelapan.

The Jester

Jester dan monyet suruhannya

Setibanya Dorothy di bumi Oz, dia telah mengatur strategi untuk ke Emerald City dan dipertemukan dengan Wiser the Owl, Marshal Mallow, China Princess dan Tugg The Tugboat sekaligus bergabung kekuatan dan kuasa untuk menentang kejahatan Jester.

Bagaimanapun, dek kerana risau akan keselamatan sahabat-sahabatnya, Dorothy mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanannya bersendirian. Namun, adakah Dorothy akan berjaya mengalahkan Jester seorang diri?

Fusion TIFF File

Dorothy dipanggil pulang oleh rakan-rakannya menerusia mesin pelangi

Pada pendapat penulis, cerita ini amat sesuai untuk ditonton oleh semua lapisan masyarakat, lebih-lebih lagi golongan kanak-kanak kerana ianya digarap dengan nilai moral yang patut dicontohi.

Walaupun mempunyai jalan cerita yang ringkas, penulis percaya bahawa golongan sasaran itu bakal terhibur dengan jenaka yang diselitkan di sepanjang penceritaan.

Malah, watak-watak unik seperti Wiser the Owl, Marshal Mallow dan China Press juga bakal menarik perhatian kanak-kanak.

Bagi ibu bapa yang masih merancang untuk meluangkan masa dengan anak-anak pada bulan Jun nanti, mungkin anda boleh catatkan filem ini sebagai salah satu aktiviti anda ya!

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×