berita

Filem Lucy Rungkai Teknologi & Pengetahuan Yang Infiniti. Awesome Level 100%!

August 21st, 2014 | by Noraniza
Filem Antarabangsa

Screen Shot 2014-08-20 at 10.27.08 PM

Ha.. Mesti ramai yang sudah ternanti-nanti review filem Lucy yang mula ditayangkan pada hari ini (21 ogos 2014) kan? Pagi tadi, masa nak pergi preview pun saya dah over excited sebab filem ini adalah salah satu senarai ‘mesti tonton’ saya.

Kenapa saya letakkan dalam senarai ‘mesti tonton’? Sebabnya daripada awal saya melihat trailernya pun sudah membuatkan saya tertanya-tanya adakah mungkin seorang manusia dapat mencapai 100% kemampuan otaknya.

Artikel Berkaitan: Bakal Tayang 21 Ogos, Filem Lucy Tunjuk Kuasa Maksima Otak Manusia Bila Dibawah Pengaruh Dadah

Seperti yang sedia maklum, filem arahan Luc Besson ini dibintangi pelakon yang tidak perlu diperkenalkan lagi iaitu Scarlett Johansson dan Morgan Freeman.

Screen Shot 2014-08-20 at 10.21.28 PM

Lucy mampu menukar rupa bentuk objek di sekitarnya

Secara ringkasnya, cerita ini berkisarkan tentang Lucy (lakonan Scarlett Johansson) yang mendapat kuasa luar biasa dek kerana kesan dadah CPH4 yang ditanam secara paksa ke dalam perutnya.

Semakin meningkat peratusan dadah tersebut di dalam badannya, Lucy akan menjadi lebih ‘berkuasa’ terhadap mindanya, malah juga kepada persekitarannya.

Senang cerita, bila kuasa Lucy mencecah 100%, dia akan menjadi kata kunci yang mampu merungkai 1001 persoalan mengenai sebarang ilmu pengetahuan dan juga teknologi.

Screen Shot 2014-08-20 at 10.23.41 PM

Lucy meminta pertolongan daripada Professor Norman

Bagi orang-orang yang ‘buta sains’ seperti saya, ia dikira agak menakjubkan bila dadah sintetik itu mampu memberi impak yang besar terhadap kuasa minda seseorang.

Mengandungi sinematografi yang tak kurang hebatnya, saya berpendapat bahawa jalan cerita ini memang agak lain daripada yang lain.

Padat dengan terma-terma saintifik yang kadang-kala membuatkan saya sedikit pening kepala, cerita ini bagaimanapun mampu membuatkan penulis berfikir panjang mengenai keajaiban dunia yang masih belum terungkai.

Screen Shot 2014-08-20 at 10.26.29 PM

Antara aksi menarik dalam filem Lucy

Bagi para pembaca yang memang ‘otak sains’ memang sesuai sangatlah untuk tonton filem yang memakan belanja kira-kira 49 juta euro ini.

Secara keseluruhannya, bertepatan dengan bajet yang besar, filem ini dilihat berjaya membawa para penonton ke satu level pemikiran yang outstanding. Ala-ala profesor gitu.

Jadi, silalah book tiket wayang awal-awal ya sebab khabarnya filem ni memang dijangka akan pecah panggung. Kalau nak lebih advance lagi, anda boleh drive ke panggung wayang sekarang juga. Hehe. Selamat menonton!

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×