Ha… siapa pula yang mahu mengugut Jehan Miskin? Tak pernah pula dengar cerita pelakon yang baru melangsungkan perkahwinan ini dimusuhi sesiapa.
Kalau nak tahu, isu ini timbul apabila Jehan bakal memulakan penggambaran drama Seludup tak lama lagi. Al-maklumlah, bila buat drama sedemikian, pasti akan ada pihak yang tidak senang duduk kan?
Mengakui bahawa risau akan keselamatan isteri dan kelangsungan sesi penggambaran, Jehan menjelaskan bahawa drama tersebut bukanlah dibuat untuk mendedahkan kegiatan penyeludupan, tetapi lebih kepada memberi kesedaran kepada orang ramai.
Jehan Miskin dan isteri semasa honeymoon tahun lalu. Sweet!
“Harapnya tiada yang akan ugut saya sebab cerita Seludup tidak berniat untuk ‘menyerang’ atau mendedahkan kegiatan mana-mana pihak.
Saya hanya mahu mewujudkan kesedaran kepada semua orang bahawa mereka pun secara tidak langsung memberi ‘sumbangan’ kepada kegiatan itu. Bukannya nak ajar orang menyeludup.”
Bakal memulakan penggambaran pada bulan Ramadhan ini, Jehan memberitahu bahawa dia mengambil tempoh masa yang agak lama untuk menyiapkan storyline Seludup.
“Saya dapat idea ini apabila melihat banyak kes mengenai penyeludupan di Malaysia. Saya sudah mula buat kajian sejak September tahun lalu. Cerita ini sebenarnya menghiburkan dan mesej yang disampaikan juga adalah indirect.”
Terlanjur bersembang lama, kami pun tanyalah perihal kehidupannya selepas berkahwin dengan seorang wanita Korea, Julie Camelia Rhee. Happy sampai berisi nampaknya ya Jehan?
“Saya sangat seronok dan selesa. Ramai tegur saya makin berisi. Baru-baru ini pun saya ada ke Korea untuk melawat keluarga isteri. Puasa kali ini adalah puasa kali ke-2 bersama isteri. Tapi, berkemungkinan besar raya tahun ini di Malaysia sebab saya mahu fokus dengan projek Seludup.”
Bila diajukan perihal anak, Jehan hanya tersenyum simpul dan menyatakan dia dan isterinya mahu honeymoon terlebih dahulu dan tidak menetapkan sebarang jangka masa untuk mendapatkan anak.
Kredit foto: Instagram Jehan Miskin