berita

FINAS Minta Kandungan Program Netflix Ditapis? Ini Respon Ahmad Idham

November 17th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Netflix antara salah satu servis penstriman terkenal di Malaysia yang mengandungi pelbagai drama, filem dan dokumentari yang boleh ditonton. Kandungan video dan intipati Netflix yang tidak ditapis itu menjadi kebimbangan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Berikutan itu, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Ahmad Idham telah menggesa pihak kerajaan untuk menapis kandungan Netflix selepas menerima beberapa keluhan dari ibu bapa. Malah, menyarankan kepada pihak kerajaan untuk mewujudkan akta mengawal selia kandungan video yang disediakan oleh platform digital.

Keluhan ibu bapa di zaman siber

Sebelum ini, Ahmad Idham menyifatkan perkara sebegini tidak harus dipandang remeh oleh masyarakat kerana ianya dapat memberi kesan negatif kepada golongan remaja.

Walaupun, penapisan bukan dibawah bidang kuasa FINAS, tetapi kita memandang serius kepada isi kandungan berkenaan yang boleh memberi kesan negatif jika tidak dipantau dari sekarang.

Kita mengambil pendekatan untuk mengawal kandungan filem dan rancangan televisyen tempatan tetapi di peringkat antarabangsa masih lagi terbuka.

Rata-rata netizen kurang bersetuju dengan desas-desus cadangan dari Ketua Pegawai Eksekutif FINAS itu untuk menapis kandungan cerita. Hal demikian adalah disebabkan kebimbangan terhadap jenayah siber yang turut melibatkan kanak-kanak.

Walaubagaimanapun, Ahmad Idham menerusi kenyataan di laman Twitter memandang serius terhadap perkara ini kerana Netflix menjadi penyumbang utama hiburan dan menjadi kesan negatif terhadap generasi muda.

Finas tiada kuasa untuk menapis

Finas dengan kerjasama Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO) bakal mewujudkan beberapa seminar demi membahas dalam memperkasakan kandungan digital. Tambahnya, Finas tiada kuasa untuk menapis isi kandungan digital itu tetapi Finas akan mencari jalan untuk mengetengahkan kandungan program yang lebih positif.

Sumber: Ahmad Idham

SKIP THIS AD ×