berita

First Move Semarakkan Ledakan Ekonomi Malaysia Dengan Pelaburan

March 14th, 2024 | by Alia
Kini Trending

first move

First Move yang dicipta oleh usahawan untuk usahawan, sedang bergerak mampan di Malaysia dengan menyokong 10 usaha niaga pada tahun pertamanya.

Ia menyuntik modal yang besar ke dalam pertumbuhan ekosistem selain menyediakan sokongan dana awal yang amat diperlukan.

Artikel Berkaitan: SAYS Lancar Kempen ‘Make It Make Cents’, Jom Sama-Sama Celik Kewangan!

Dana pelaburan

first move

Pada tahun pertama, dana telah dilaburkan kepada sebahagian besar pembiayaan iaitu untuk rakyat Malaysia dan pengasas yang berpangkalan di sini dengan purata saiz pelaburan adalah sebanyak RM467,000 (AS$100,000) bagi setiap permulaan.

Paling menarik, 35% daripada pengasas adalah kaum wanita yang menekankan komitmen dana terhadap kepelbagaian dan keterangkuman.

First Move di Malaysia menekankan komitmennya untuk memberi kesan kepada pelaburan dengan pendekatan tertumpu pada kemampuan, rangkuman kewangan dan ekonomi. Pelaburan strategik tersebut bertujuan untuk memupuk pertumbuhan yang mampan dan inklusif di seluruh rantau ini.

Dalam pada itu, bagi meningkatkan kemampuan, First Move telah membantu jenama Koppiku dalam mengubah industri kopi dengan membolehkan akses harga kepada keperluan harian premium, meluaskan akses kepada barangan berkualiti dan mewujudkan lebih banyak pekerjaan tempatan.

Dalam menangani jurang jantina dan kaum di tempat kerja pula, First Move menyokong inisiatif MalaysianPAYGAP yang memperjuangkan gaji dan peluang kerjaya yang sama rata selain menyumbang kepada kesaksamaan sosial yang lebih luas.

Untuk memajukan ekonomi elektronik, 3Cat menerajui pengecasan dengan membolehkan device trace-in, memperbaiki dan guna semula. Inisiatif ini mengurangkan pembaziran ketara dan memanjangkan jangka hayat teknologi.

Seterusnya, bagi meningkatkan akses kepada pasaran khusus, pelaburan First Move dalam Collektr telah menghubungkan pengumpul barangan unik, mempamerkan komitmen untuk meningkatkan perdagangan dan memupuk penglibatan dalam komuniti.

Majukan ekonomi

first move

First Move menggandakan kesannya ke atas ekosistem di Malaysia dengan menggabungkan pelaburan pada peringkat awal menerusi pelaburan strategik bersama firma modal terkemuka termasuk Vertex Ventures, 500 Global, Gobi Partners dan banyak lagi.

Pendekatan ini bukan sahaja menyediakan permulaan dengan sokongan kewangan tetapi ianya juga memberikan mereka akses kepada pelbagai rangkaian, kepakaran dan bimbingan.

Menurut rakan kongsi First Move, Audra Pakalnyte berkata mereka teruja dengan impak yang memberangsangkan pada tahun pertama operasinya.

Pelaburan kami dalam syarikat di Malaysia bukan sahaja telah memacu pertumbuhan mereka tetapi juga telah menarik perhatian dan minat daripada pelabur antarabangsa.

Kami berbangga dapat memainkan peranan dalam memacu ledakan permulaan perniagaan dia Malaysia dan berharap dapat meneruskan misi kami untuk memperkasakan sumber yang mereka perlukan untuk berjaya.

Kemasukan First Move sebagai pelabur awal melengkapkan ekosistem yang ditubuhkan di Malaysia seperti Khazanah, Penjana, MAVCAP, KWSP dan KWAP selain menggalakkan lebih ramai lagi usahawan untuk meningkatkan usaha dalam perniagaan mereka.

Pendekatan sinergi ini bukan sahaja mempercepatkan pembangunan tetapi juga memupuk bakat tempatan dengan menyediakan sumber penting, memacu pertumbuhan ekonomi dan peluang pekerjaan.

Oleh itu, matlamat yang lebih luas adalah untuk mengukuhkan kemunculan Malaysia sebagai hab keusahawanan yang bertenaga, memupuk budaya inovasi dan kemajuan teknologi.

Untuk maklumat lanjut tentang First Move dan pelaburannya, anda boleh layari www.firstmovefund.com.

SKIP THIS AD ×