berita

‘First Time Nak Kenal Jalan’ – Atiq Azman Terlibat Kemalangan, Motosikal Terbabas Dalam Semak Samun

September 3rd, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Pelakon baru meningkat naik iaitu Raja Muhd Atiqullah Shah atau lebih dikenali dengan nama Atiq Azman memaklumkan bahawa dirinya telah terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kuala Klawang International Circuit, Negeri Sembilan. Berita mengejutkan itu diumumkan sendiri oleh Atiq Azman di laman Instagram miliknya.

Atiq Azman kemalangan


Menerusi perkongsian yang dimuatnaik Atiq Azman, insiden cemas itu dipercayai berlaku disebabkan pasir halus yang berada di tengah jalan raya tersebut. Dalam pada itu, Atiq yang menunggang motosikal berkuasa tinggi memaklumkan tidak mengalami sebarang kecederaan parah dan dia telah mendapatkan rawatan wad kecemasan Hospital Jelebu, Negeri Sembilan. Menerusi video pendek itu turut kelihatan, motosikal milik Atiq sudah tercampak di dalam semak-samun tepi jalan.

Dalam kesempatan itu. Atiq Azman meluahkan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan yang membantu menguruskan motosikal dan membawanya ke hospital. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut di Instagram meluahkan rasa terkejut mendengar berita itu. Tidak kurang ada di antara mereka menitipkan doa agar Atiq diberi kesembuhan dan lebih berhati-hati di jalan raya kelak.

‘Hati-hati Atiq’

Sumber: Atiq Azman

 

SKIP THIS AD ×