Baru sahaja merangkul anugerah Pengacara Lawak TV Paling Popular di Anugerah Lawak Warna Jumaat lepas, Dato’ AC Mizal digemparkan dengan khabar angin tentang masalah tidak membayar gaji pekerjanya. stesen radio bervisual baharu miliknya Peaceyall FM.
Melalui laman Instagramnya semalam, pengurus stesen radio bervisual Peaceyall FM ini ada memuat naik foto keratan akhbar tempatan dan menyangkal dakwaan tersebut. Beberapa orang pengacara dibawah naungannya juga turut menyokong dan menyifatkan bahawa khabar angin itu tidak benar sama sekali.
Fitnah!
Kenapalah nk memfitnah org smpi mcm ini? Jgn la smpi menutup periuk nasi org, dgn citer2 fitnah ni ,bole menutup rezeki berpuluh puluh staff kami, kesian diaorg , diaorg mencari rezeki dgn kami, BACA STATEMENT PUN DAH TAU AWAK FITNAH KAMI!! Berbulan bulan x byr gaji? Sedangkan kami baru live 3 Bulan, jgn MENGAIBKAN org dgn citer fitnah2 mcm ni!! Tak bole ke citer elok2? KENAPA X NK CITER PASAL DATO AC MENANG? .. Issh x faham la , awak Sendiri Yg menjatuhkan Artis sendiri.. Kenapa la dengki dgn usaha & kejayaan #DatoAcMizal ? X salah klu support, lg pahala u besar!! @peaceyallfm , tq syed kami layan baik ini balasan awak,!! Syukur Alhamdulillah #utusanmalaysia#pancaindera #fitnah
Sejurus selepas mengeluarkan kenyataan itu, hampir keseluruhan pekerjanya seperti barisan pelawak Fad Bocey, Syuk SYJ, Vicha Saywho dan lain-lain turut menafikan dakwaan tersebut.
Gambar tersebut telah di repost oleh Dato’ AC sendiri sebagai bukti bahawa kenyataan akhabar tersebut tidak benar.
Boss Bayar Gaji Full Amount!
Tak Pernah Kami Tak Bayar Gaji Staff
Jangan Percaya Dengan Fitnah Ini
Tak Pernah Dapat Gaji Lambat
Bukan staff saja yang bengang, anak perempuannya pun sama. Alahai, jangan marah-marah ye dik! Semoga papa awak dapat bersabar dan meneruskan perjuangan dalam bidang seni tanah air ini. Peaceyall!