Suatu ketika dahulu, irama nasyid UNIC pernah menjadi fenomena dan siulan orang ramai. Popular dengan lagu Demi Cinta Suci dan Hanya Tuhan Yang Tahu, UNIC diakui masih mampu bertahan biarpun bertukar anggota kumpulan.
Terbaru, Bazli meluahkan rasa tidak senang melihat bekas kumpulan iaitu Fitri Haris mendendangkan lagu UNIC setiap kali persembahan. Bazli turut menasihati Fitri supaya mencari identiti sendiri dan tidak terus dibayangi UNIC memandangkan mereka sudah tidak lagi bersama.
Move on please Fitri
Menerusi mStar Online, Bazli memberitahu dia terpaksa membuat teguran secara terbuka kerana perkara ini sebenarnya sudah dibincangkan dua bulan lalu.
Pengurus Fitri Haris ketika dihubungi pula berkata penyanyi tersebut menyanyikan lagu tersebut di atas permintaan penganjur.
Pihak Unic ada menghubungi Fitri dan dalam perbincangan itu mereka meminta agar Fitri menampilkan identitinya sendiri tanpa dibayangi Unic.
Tapi mereka tidak menjelaskan secara terperinci bahawa tidak izin bawa lagu-lagu mereka. Lagu Ainul Mardhiah dan Zinnirah merupakan lagu yang Fitri bawa semasa GGV2018 lalu dan sering diminta oleh penganjur.
Tambahnya lagi, Fitri jelas sekali tiada niat untuk mencaras rezeki rakan-rakan lain.
Komen netizen
Sumber : mStar Online , Bazli UNIC