Baru-baru ini, stesen radio popular pilihan pendengar, Hot FM telah menjalankan satu kempen ‘Fizi Cari Jodoh DJ’ iaitu pencarian penyampai radio baharu radio berkenaan.
Kempen ini dianjurkan bertujuan untuk mencari bakat baharu penyampai radio atau rakan penyampai yang bakal bergandingan dengan Fizi Ali dalam segmen Hot Squad yang keudara pada sebelah petang di Hot FM.
Fizi cari jodoh DJ
Kempen ‘Fizi Cari Jodoh DJ’ ini telah bermula sejak 8 Januari lalu, yang memberi peluang kepada orang ramai tidak kira latar belakang, sama ada selebriti, ahli sukan serta influencer boleh turut serta menghantarkan penyertaan mereka yang berminat menceburi bidang ini.
Platform media sosial seperti Instagram dan TikTok merupakan saluran utama bagi orang ramai menghantar penyertaan mereka. Peserta hanya perlu memuat naik demo video duet mereka bersama penyampai radio Hot FM, Fizi Ali dan tidak lupa juga untuk tag Hot FM di Instagram (@hotfm976) dan TikTok (@hotfm976_). Malah, para peserta juga dan perlu memastikan akaun media sosial mereka berada dalam keadaan tatapan umum.
Seramai 16 orang peserta yang dipilih daripada keseluruhan penyertaan dan daripada jumlah itu hanya 6 orang peserta sahaja yang berjaya layak untuk ke pusingan akhir. Dalam pada itu, seramai 6 orang peserta ini telah melalui pelbagai cabaran antaranya berkudara bersama Fizi Ali di segmen Hot Squad, menjalankan aktiviti kemasyarakatan, kelas harian bersama Fizi Ali serta penyampai radio Hot FM yang lain, tugasan membuat Pesanan Khidmat Masyarakat (PSA) serta konten digital.
Aisha Mazlin
Seterusnya, mereka dinilai berdasarkan 2 pecahan markah iaitu 30% melalui undian orang ramai dan 70% lagi daripada penyampai radio Hot Squad, Fizi Ali dan pihak pengurusan Hot FM. Setelah hampir lima minggu program ini berlangsung, hari kemuncaknya pada 5 Februari lalu menyaksikan Aisha Mazlin telah dinobatkan sebagai ‘Jodoh’ yang dicari bagi ‘Fizi Cari Jodoh DJ’ dan bakal berganding bersama Fizi Ali di segmen Hot Squad.
Bukan itu sahaja, Aisha bersama 6 lagi finalis iaitu Asha Faudzi, Affiq, AG Hafiz, Aleya Lee dan Nisa Kay telah berentap di pusingan akhir ‘Fizi Cari Jodoh DJ’ yang ditugaskan untuk menjadi host bagi acara pusingan akhir di samping kesemua mereka turut dikehendaki untuk menemu bual finalist Anugerah Juara Lagu 37.
Menurut Fizi Ali, semua peserta telah menunjukkan usaha dan prestasi yang cukup memberangsangkan semasa program. Bagaimanapun, Aisha Mazlin berjaya membawa pulang wang tunai bernilai RM5,000 serta kontrak selama setahun bersama Hot FM.
Di samping itu, acara akhir program ini juga telah berkolaborasi bersama Anugerah Juara Lagu 37 dimana pada acara akhir ‘Fizi Cari Jodoh DJ’ ini telah di namakan sebagai Hot FM ‘Fizi Cari Jodoh DJ X Showcase Anugerah Juara LAgu 37’ yang turut dimeriahkan dengan kemunculan finalis-finalis Anugerah Juara Lagu 37 seperti Alif Satar & The Locos, Shiha Zikir serta Noki & MK.