Penyampai radio, Fizi Ali berang dengan tindakan bekas isterinya, Shakilla Khoriri yang menghalang dirinya daripada bertemu dengan anak perempuan mereka, Ameena Sofia.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Berminat Nak Berurusan Soal Anak Dengan Orang Ketiga’ – Shakilla Khoriri
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fizi Ali Nafi Saman Shakilla, Dakwa Nombor Telefon Telah Disekat – ‘Saya Tak Meroyan, Lebih Kepada Luah Perasaan’
Sebelum pisah tak pernah single
Bukan itu saja, Fizi mendakwa Shakilla sudah mempunyai teman lelaki malah sudah dibawa berjumpa dengan Ameena. Apa yang lebih dasyat apabila pengacara itu mendakwa Shakilla berlaku curang apabila mempunyai ‘boyfriend’ sejak mereka masih berstatus suami isteri.
Pemilik nama Mohd Hafizudin Alimudin juga meluahkan rasa kesal dengan perbuatan pelakon itu yang didakwa sering meminta simpati daripada warganet.
Nafi semua benda
Dalam pada itu, Fizi, 34, mengingatkan Shakilla atau nama sebenarnya Nurul Shakilla Mohd Khoriri bahawa kifarah itu wujud.
Sebelum ini, Fizi meluahkan rasa terkilan tidak dapat berjumpa anak tunggalnya ketika hari graduasi. Kemudian, bekas peserta Pilih Kasih musim kedua menyatakan Shakilla Khoriri telah menyekat nombornya kerana sudah tidak boleh dihubungi.
Susulan itu, Fizi terpaksa membawa tuntutan hak penjagaan anak kepada mahkamah.
Terdahulu, Fizi pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Shakilla pada 18 Februari 2018 namun bercerai dua tahun kemudian.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Ameena Sofia, 4.
Kemudian, Fizi mengumumkan sudah menamatkan zaman duda dengan ibu tunggal anak satu yang juga ahli perniagaan, Siti Zulaikha pada 23 Oktober lalu.
Sumber: Instagram