berita

Fizi Ali Rindu Sangat Dengan Ameena Sofia, Dah Beberapa Malam Asyik Mimpi

December 22nd, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

Perkongsian hantaran penyampai radio dan pengacara Fizi Ali mengenai anak perempuannya, Ameena Sofia di Instagram (IG) telah menyorot perhatian warganet di media sosial.

Artikel Berkaitan: Dari Pukul Satu Tunggu’ – Fizi Ali Sedih Anak Tak Hadir Hari Graduasi, Tak Tahu Keberadaan Ameena Sofia

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fizi Ali Nafi Saman Shakilla, Dakwa Nombor Telefon Telah Disekat – ‘Saya Tak Meroyan, Lebih Kepada Luah Perasaan’

Rindu Ameena

fizi ameena mimpi

Berdasarkan entri yang dimuat naik, Fizi, 34, meluahkan kasih sayang seorang bapa terhadap anak kandungnya. Kata Fizi, perasaan rindu yang membuak-buak dalam hati terbawa sehingga ke dalam mimpi.

Bukan Fizi seorang saja malah isteri baharunya, Siti Zulaikha juga rindukan Ameena.

Dah beberapa malam kitaorang asyik mimpi pasal awak saja. Ya mungkin rindu yang teramat sangat.. Daddy tau awak pun rasa yang sama.

Dalam pada itu, pemilik nama Mohd Hafizudin Alimudin, memohon kepada orang ramai untuk mendoakan agar urusannya dipermudahkan Allah SWT.

Tak apa, hari Jumaat ini kita minta sahabat-sahabat kita doakan supaya urusan kita dipermudahkan. Insya-Allah sikit saja lagi kita akan jumpa balik.

Hasil pemerhatian OhBulan!, Fizi bertindak menutup ruangan komen selang beberapa minit berkongsi foto bersama Ameena dan Siti Zulaikha.

Sebelum ini, Fizi meluahkan rasa terkilan tidak dapat berjumpa anak tunggalnya ketika hari graduasi. Kemudian, bekas peserta Pilih Kasih musim kedua menyatakan Shakilla Khoriri berkemungkinan telah menyekat nombornya kerana sudah tidak boleh dihubungi.

Terdahulu, Fizi pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Shakilla pada 18 Februari 2018 namun bercerai dua tahun kemudian.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Ameena Sofia, 4.

Kemudian, Fizi mengumumkan sudah menamatkan zaman duda dengan ibu tunggal anak satu yang juga ahli perniagaan, Siti Zulaikha pada 23 Oktober lalu.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×