Penyampai radio Fizi Ali akhirnya menunaikan kata-katanya untuk membawa anaknya, Ameena Sofia ke teman tema air.
Artikel Berkaitan: ‘Dia Ambil Anak Kata Nak Bawa Pergi Waterpark, Tak Tahu Pula Bertukar Jadi Majlis Nikah’ – Shakilla Khoriri
Artikel Berkaitan: ‘Alhamdulillah Rezeki Saya Bila Berjumpa Dengan Seseorang Yang Ada Anak Perempuan Juga’ – Fizi Ali
Bawa mandi waterpark
Menerusi perkongsian di Instagram, Fizi memuat naik sekeping foto memperlihatkan dia bersama Ameena serta isterinya Siti Zulaikha pergi bermandi manda di sebuah teman tema air terkemuka.
Pada foto yang sama, turut dilihat seoarang kanak-kanak perempuan yang dipercayai anak kepada Siti Zulaikha.
Hari ni (Selasa) daddy dan mama bawa anak-anak pergi waterpark (taman tema air). Dari pagi sampai ke malam jalan. Penat mereka duk main-main.
Perkongsian tersebut sekali gus menepis dakwaan bekas isteri Fizi iaitu pelakon Shakilla Khoriri yang sebelum ini mendakwa penyampai radio itu cuba berbohong dengannya.
Dalam pada itu, Fizi atau nama sebenarnya Mohd Hafizudin Ali, 34, memohon maaf kepada anak-anaknya kerana menjadi mangsa keadaan berhubung isu yang melibatkan dia dengan Shakilla.
Tidurlah sayang. Awak berdua tak salah. Maafkan daddy dan mama kalau ada terkurang.
Terdahulu, Shakilla akui terkejut apabila mendapat tahu bekas suaminya itu menamatkan zaman dudanya pada Isnin bersama wanita pilihan yang dikenali sebagai Siti Zulaikha.
Jelas Shakilla, Fizi ada datang berjumpa dengannya sehari sebelum dia bernikah dengan alasan untuk mengambil anak mereka, Ameena dan bawa ke taman tema air.
Bagaimanapun, Shakilla tidak menyangka apabila aktiviti taman tema air bertukar menjadi majlis akad nikah.
Sekadar info, Fizi dan Shakilla pernah mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018 dan bercerai selepas tiga tahun melayari bahtera rumah tangga bersama.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nurul Ameena Sofia yang kini berusia empat tahun.
Sumber: Instagram