Isteri kepada penyampai radio, Fizi Ali iaitu Siti Zulaikha menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-30, semalam.
Artikel Berkaitan: ‘Alhamdulillah Rezeki Saya Bila Berjumpa Dengan Seseorang Yang Ada Anak Perempuan Juga’ – Fizi Ali
Artikel Berkaitan: ‘Dia Ambil Anak Kata Nak Bawa Pergi Waterpark, Tak Tahu Pula Bertukar Jadi Majlis Nikah’ – Shakilla Khoriri
‘Happy birthday sayang’
Bersempena dengan hari yang bermakna itu, Fizi menerusi hantaran di Instagram memuat naik satu coretan istimewa buat isteri tercinta.
Menurut Fizi atau nama lengkapnya Mohd Hafizudin Ali, 34, kehadiran Siti Zulaikha dalam hidupnya telah kembalikan semula senyuman dan kegembiraan buatnya.
Happy birthday sayang, terima kasih untuk semuanya. Kebahagiaan yang awak bagi pada saya pada anak-anak.
Saya ingat satu janji awak, awak akan buat saya tersenyum semula dan ya alhamdulillah senyuman tu datang balik bila awak datang dalam hidup saya.
Dalam perkongsian yang sama, Fizi berharap dia dan Siti Zulaikha dapat melayari bahtera rumah tangga dalam waktu susah dan senang bersama-sama.
Terlampau banyak nak saya katakan, tapi saya tak pandai menulis. Cuma satu je, terima kasih menjadi bidadari saya.
Selamat ulang tahun. Maaf tak ada celebrate apa-apa, sayang awak. Insyallah kita akan tempuh semua sama-sama. Saya sayang awak.
‘Hidup saya lebih ceria’
Sementara itu, Siti Zulaikha dilihat sempat meninggalkan komen dengan mengucapkan terima kasih kepada suaminya di atas ucapan tersebut.
Alhamdulillah, syukur Ya Allah. Bangun tidur dapat ucapan ulang tahun daripada kekasih hati saya. Terima kasih untuk ucapan ini, terima kasih untuk setiap kata-kata yang baik, ia buat hidup saya lebih ceria.
Isnin lalu, Fizi telah mengejutkan ramai pihak apabila mengumumkan sudah bernikah dengan wanita pilihannya yang juga rakan perniagaan yang dikenali sebagai Siti Zulaikha.
Pasangan itu selamat bergelar suami isteri dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di Gombak.
Untuk rekod, Fizi sebelum ininpernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Shakilla Khoriri pada 18 Februari 2018. Namun disahkan bercerai pada Disember 2021.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Ameena Sofia yang kini berusia empat tahun.
Sumber: Instagram