Sekitar dua minggu lalu, pelakon Fizo Omar ada berkongsi khabar gembira apabila isterinya, Fazeera Nazri Azrai selamat melahirkan anak perempuan pertama mereka di sebuah pusat perubatan di Serdang, Selangor.
Namun tidak lama selepas itu, Fizo telah berkongsi perkembangan terkini serta nama puteri kesayangannya termasuk proses pendaftaran kelahiran bayinya itu.
Proses pendaftaran bayi
Menerusi video pendek yang dimuat naik di Instagram, Fizo berkongsi kepada umum nama puterinya, Wan Khaleeda Binti Wan Hafizol. Bukan itu sahaja, Fizo turut memberitahu kepada pengikut dan peminatnya mengenai cara-cara pendaftaran kelahiran anak di Jabatan Pendaftaran Negara.
Dah nak setahun dah kahwin baru ambil sijil nikah. Ni pun sebab nak kena daftar kelahiran baby. Daddy baru nak up macam ni la. Daddy2 dekat luar sana kena ingat pendaftaran kelahiran ini dalam tempoh 60 hari je. So bertindak cepat k.
Abe Joe share pengalaman dan checklist apa yang daddy2 di luar sana perlu bawak untuk mendaftar kelahiran anak ni.
Selain berkongsi pengalamannya menguruskan proses pendaftaran, Fizo juga memberi pendedahan tentang dokumen yang diperlukan untuk mendaftar kelahiran anak. Namun apa yang menarik perhatian ramai adalah kapsyen yang ditulis Fizo berseloroh seakan-akan memberi hint kepada isteri tercinta untuk menambah zuriat pada tahun hadapan.
Rasa-rasa macam tahun depan nak repeat datang JPN ni pulak la, boleh tak @ffezyranesry.
Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan netizen memberikan respon positif dengan perkongsian pelakon berusia 37 tahun ini. Bukan itu sahaja, mereka sempat memberitahu Fizo supaya memberi masa kepada isterinya untuk ‘berehat’ dahulu memandangkan wanita itu baru sahaja melahirkan zuriat dua minggu lalu.
Video
View this post on Instagram
Komen
Netizen ‘triggered’
Sumber: Fizo Omar