berita

Fizo Omar, Mawar Karim Sah Bercerai Talak Satu

July 10th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Kemelut rumah tangga antara Fizo Omar dan Mawar Karim akhirnya menemui jalan penyelesaian apabila mereka sah bercerai. Kedua-dua mereka telah menghadirkan diri di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat hari ini.

Namun, penceraian ini langsung tidak menjejaskan tanggungjawab mereka berdua terhadap puteri tunggal mereka iaitu Wan Maryam.

Sah bercerai

Menurut Fizo, siapa saja yang tidak terkesan dengan perpisahan yang berlaku. Namun, dia percaya ini semua merupakan takdir Allah. Tambahnya, ini suatu permulaan yang baru buatnya dan bekas isteri untuk menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah iaitu puteri tunggal mereka.

Saya dan keluarga Mawar, baik-baik sahaja, dan saya percaya lepas ni hubungan saya dan bekas isteri dan keluarga mertua akan bertambah baik.

Fizo turut menjelaskan bahawa tiada pergaduhan mahupun perbalahan di antara kedua mereka. Dia turut berharap perpisahan ini merupakan hasil positif buat mereka berdua.

Mungkin ada hikmah

Menurut Mawar, perpisahan di antara dia dan Fizo mungkin mempunyai hikmah untuk masa hadapan mereka. Mengenai soal anak, Mawar tidak akan memisahkan Maryam dengan Fizo kerana Fizo merupakan ayahnya. Fizo dan Mawar mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam yang berusia 2 tahun.

Sumber: Sinar Harian

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×