berita

Fizo Omar Tak Sabar Tunggu Kelahiran Anak Kedua, Peminat Teka-Teki Jantina

June 16th, 2022 | by khairil
Kini Trending

Foto: fizoomar

Pelakon popular Fizo Omar kini menghitung hari menantikan kelahiran cahaya mata kedua bersama isteri, Fazeera Nazri. Sehingga hari ini, pasangan ini belum mendedahkan jantina anak mereka.

Artikel Berkaitan: ‘Dia Menjadikan Saya Seorang Isteri Yang Bahagia’ – Isteri Fizo Omar Puji Suami Pandai Jaga Hati

Artikel Berkaitan: Aksi Maryam Kucup ‘Baby Bump’ Tarik Perhatian, Netizen Puji Isteri Fizo – ‘Maryam Nampak Iras Fazeera’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fizo Omar Bakal Dapat Anak, Isteri Bunting Pelamin – ‘Hadiah Paling Istimewa Buat Kami’

Tak sabar jumpa orang baru

Foto: fizoomar

Menerusi hantaran terbaharu dalam Instagramnya, Fizo atau nama sebenarnya, Wan Hafizol bin Wan Omar, 37, berkongsi sekeping gambar terkini mengenai perkembangan isterinya.

Pada hantaran tersebut, dilihat Fazeera sedang membuat ujian imbasan sambil ditemani Fizo. Pada masa sama, pelakon dan juga usahawan itu meluahkan rasa tidak sabar untuk menantikan kehadiran cahaya mata mereka itu.

 Counting days (menghitung hari). Cant wait to see you (tak sabar jumpa kamu). 

Hantaran yang dimuat naik Fizo itu dihujani dengan keterujaan peminat yang tidak sabar menantikan kehadiran bayi. Masing-masing mendoakan agar proses kelahiran Fazeera dipermudahkan.

Fizo dan Fazeera bernikah pada 21 Oktober 2021 dalam satu majlis tertutup di Janda Baik, Pahang. Februari lalu, Fazeera mengumumkan dirinya sedang berbadan dua.

Terdahulu, Fizo yang sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama usahawan terkenal Mawar Karim yang berkahwin pada 2013 namun bercerai pada Julai 2019. Hasil dari perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam, 5.

‘Boy ke Girl?’

Meninjau pada ruangan komen, rata-rata peminat mendoakan agar urusan kelahiran bayi nanti dipermudahkan. Malah, ada juga yang berteka-teki mengenai jantina yang dikandung Fazeera.

Sumber: fizoomar

SKIP THIS AD ×