Pelakon dan penyampai radio, Datuk Fizz Fairuz meluahkan rasa syukur apabila isterinya, aktres Datin Almy Nadia selamat melahirkan cahaya mata kelima, pada pagi Rabu.
Artikel Berkaitan: ‘Goodluck Sayang, Sebulan Dua Ni Memang Orang Tahu Kecam Je’ – Almy Nadia
Artikel Berkaitan: Fizz Fairuz Ajak Peminat Ke Bera, Seronok Sertai Moh Karnival Makmur
Anak kelima
Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Fizz atau nama lengkapnya Mohd. Fairuz Zainal Abidin, 44, menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Walau bagaimanapun, Fizz tidak memaklumkan butiran terperinci mengenai berita kelahiran tersebut.
Alhamdulillah, isteri saya dah selamat melahirkan anak ke-5. Terima kasih kepada yang mendoakan, amin.
Sebelum ini, menerusi hantaran Instagram Story, Fizz berkongsi beberapa foto memaparkan isterinya sudah ditahan di sebuah pusat perubatan.
Sementara itu, rata-rata wargamaya dan rakan selebriti yang singgah ke ruangan komen menitipkan ucapan tahniah buat pasangan tersebut.
Untuk info, Fizz dan Almy mendirikan rumah tangga pada April 204. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat anak perempuan iaitu Nur Afrina Arianna, 9, Nur Afrina Aurora, 8, Nur Afrina Ayra, 6, dan Nur Afrina Aisyah, 3.
Mereka turut mempunyai seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 15.
Sumber: Instagram