berita

Fizz Fairuz Kini Bergelar ‘Datuk’

January 27th, 2018 | by Shafika
Kini Trending

Kalau sebelum ini, ramai juga artis berbakat yang menerima darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk. Hari ini, giliran pelakon Fizz Fairuz menerima darjah kebesaran dan pingat sempena Istiadat Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang di Istana Abu Bakar, Pekan.

Pelakon yang sedang hit dengan drama Kekasih Paksa Rela ini Fizz antara 197 penerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.

Terima gelaran Datuk

 

Mendahului senarai penerima pingat adalah adinda Sultan Pahang, Tengku Datuk Nor Akmar Sultan Abu Bakar yang menerima Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) membawa gelaran Datuk Seri bersama 20 individu lain.

Isitadat disempurnakan oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah. Dalam isitadat itu, tujuh individu pula menerima pingat Setia Ahmad Shah Pahang (SAP) manakala 17 penerima pingat Setia Mahkota Pahang (SMP).

Sebelas lagi menerima pingat Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP), 16 penerima pingat Ahli Mahkota Pahang (AMP), 15 penerima bagi Pingat Khidmat Cemerlang (PKC), Pingat Kelakuan Terpuji (PKT) dan Pingat Jasa Kebaktian.

Respon netizen

Sumber : Harian Metro

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×