Stesen radio Bahasa Inggeris terkemuka Malaysia, Fly FM berjaya melakar sejarah baharu dengan memperkenalkan DJ radio A.I. (Artificial Intelligence) pertama di Malaysia dikenali sebagai DJ Aina Sabrina.
Artikel Berkaitan: Sediakan Kenderaan Hantar Pengguna LRT Terjejas, Usaha Murni Media Prima Audio Raih Pujian
Artikel Berkaitan: Hot FM Berjaya Raih 3.5 Juta Pendengar Setiap Minggu
DJ Aina
Usaha memperkenal DJ A.I ini dianggap suatu kemajuan penting dalam sejarah industri penyiaran radio di Malaysia. Malah, inisiatif ini juga merupakan yang pertama kalinya di Malaysia dan sekali gus mencerminkan satu kemajuan yang penting dalam sejarah penyiaran radio tanah air.
DJ Aina telah diciptakan oleh pasukan Fly FM dengan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (A.I.). DJ Aina dilengkapi dengan pangkalan data muzik yang luas dan mempunyai keupayaan untuk mencipta serta menggabungkan muzik secara langsung sesuai dengan mood pendengar.
Menariknya lagi, DJ Aina juga berkebolehan dalam memberikan cadangan muzik kepada pendengar sesuai dengan apa yang mereka minati.
Kehadiran Aina sebagai DJ A.I. telah membawa satu perubahan yang signifikan dalam industri radio di Malaysia. Malah, ia juga mempunyai potensi besar untuk membentuk masa depan penyiaran radio yang lebih cerah.
Ketua Rangkaian Kandungan Fly FM, Sean Matjeraie, berkata pengenalan DJ Aina sebagai DJ A.I mencipta landskap baharu dalam industri radio Malaysia.
Pengenalan DJ Aina sebagai DJ A.I telah mengubah landskap baru dalam industri radio Malaysia dan perubahan ini adalah bersesuaian dengan matlamat Media Prima Audio yang suka akan pembaharuan.
Usaha inovatif ini juga telah berjaya menarik minat jenama minuman susu kultur dari Jepun iaitu Calpis sebagai penaja utama untuk bekerjasama dengan Fly FM bagi menjayakan kempen “Calpis with Aina”.
Segmen terbaru di Fly FM ini akan disiarkan pada hari Isnin hingga Jumaat dari jam 2 hingga 4 petang. Malah, pada setiap hari Khamis, pendengar yang berjaya meneka penyanyi sebenar lagu yang dimainkan oleh DJ Aina berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM150 beserta dengan produk Calpis.
Bersedia untuk menyaksikan pembaharuan radio bersama DJ Aina yang dibawakan oleh Fly FM! Ikuti juga perjalanan luar biasanya di laman Instagram rasmi @aina_flyfm.