berita

FMFA 2014 Tukar Lokasi Ke Stadium Bukit Jalil

January 22nd, 2014 | by Noraniza
Kini Trending

Screen Shot 2014-01-22 at 11.32.19 AM

Selepas kejayaannya mengumpul lebih 50,000 orang penonton pada konsert FMFA tahun lalu yang telah diadakan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), sudah pasti pesta muzik terbesar di Asia yang bertemakan ‘safari’ ini menjanjikan kelainan bagi tahun 2014.

Dijangka akan dibanjiri lebih 85,000 orang penonton, lokasi konsert yang dinantikan bagi tahun 2014, Future Muzik Festival Asia 2014 (FMFA 2014) yang sebelum ini dijadualkan untuk berlangsung di The Mines telah ditukar ke Stadium Nasional Bukit Jalil.

Screen Shot 2014-01-22 at 10.33.31 AMPoster rasmi penukaran lokas FMFA 2014

Bakal berlangsung selama 3 hari iaitu bermula daripada 13 hingga 15 March, FMFA 2014 akan digegarkan oleh persembahan artis antarabangsa seperti Deadmau5, Armin Van Buuren, Wu Tang Clan dan lain-lain lagi. Tidak ketinggalan, artis tempatan turut akan menghiburkan peminat di konsert mega tersebut.

Tiket FMFA 2014 sudah mula dijual pada Oktober tahun lalu dengan harga permulaan daripada RM148 hingga RM588. Bagi yang masih belum membeli tiket, anda boleh dapatkannya menerusi redtix.airasia.com. Jom kita lihat promo rasmi bagi FMFA 2014.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×