berita

Fokus Untuk Cari Penyanyi, Dafi Nafi Emma Maembong Artis Bawah Pengurusan LOL

April 4th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Elite By Dashing (Behind The Scenes)-15

Nampaknya bintang kelahiran program realiti televisyen, Dafi kini semakin meluaskan langkahnya dalam bidang perniagaan.

Buktinya, syarikat pengurusan Laugh Out Loud Entertainment Sdn Bhd (LOL) miliknya kini sudah pun mengikat beberapa nama selebriti terkemuka tanah air seperti Rozita Che Wan, Sherry Ibrahim, Nabila Dally dan yang terbaru penyanyi Sabhi Saddi.

Malah, baru-baru ini timbul pula desas-desus yang mengatakan bahawa pelakon cantik, Emma Maembong juga bakal menyertai LOL sebaik sahaja tamat kontrak dengan pihak pengurusannya kini.

emma maembong

Emma Maembong dikatakan bakal berada di bawah pengurusan Laugh Out Loud Entertainment Sdn Bhd (LOL)

Dafi ketika ditemubual di sidang media Elite by Dashing menafikan dakwaan tersebut buat masa ini dan memberitahu bahawa dia turut mengalu-alukan kehadiran Emma untuk berada di bawah LOL di masa akan datang.

“Emma memang ada menghubungi pihak kami untuk buat pertanyaan. Namun, tiada perbincangan lanjut dilakukan bersama dengan dia.

Kami tidak menolak sekiranya pihak Emma serius untuk berada bawah pengurusan LOL dan jika berita ini menjadi kenyataan, pasti kami sudah buat pengumuman kepada orang ramai.”

Dafi memberitahu bahawa dia kini lebih mementingkan kualiti daripada kuantiti artis untuk berada di bawah pengurusan LOL.

Kenyataan itu turut disokong oleh pengurusnya, Afiq yang turut menambah bahawa LOL kini sedang mencari penyanyi wanita untuk berada di bawah pengurusan mereka.

Dalam perkembangan terbaru, Dafi kini bakal memulakan latihan untuk pementasan teater ‘Di Bawah Lindungan Kaabah‘ yang dijadualkan akan berlangsung di Istana Budaya pada 9 hingga 18 Mei depan.

Dalam teater adaptasi novel karya Allahyarham Prof. Hamka tersebut, Dafi bakal membawakan watak sebagai Salleh sewaktu remaja yang merupakan sahabat baik kepada Hamid (lakonan Adi Putra).

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×