berita

[Foto] 6 Penjara Di Dunia Yang Menarik Seperti Hotel! Macam Ini Makin Ramailah Banduan!

April 6th, 2017 | by Shafika
Kini Trending

Halden_Fengsel

Kalau sebut pasal penjara, apa agaknya terlintas di dalam kepala korang? Mesti rasa seram dan gerun. Yelah semua orang pun tahu penjara merupakan tempat yang terkurung gelap dan menakutkan. Oleh sebab itu lah, kita jangan berani berani nak buat jenayah. Buruk padahnya nanti.

Namun lain pula penjara penjara yang kami kongsikan ini. Dah macam hotel wei! Agaknya insaf ke banduan tu? Mungkin ada yang tak percaya tapi inilah realiti 6 penjara terbaik dunia yang setaraf hotel.

Penjara Al Capone, Philadelphia

penjara1

Penjara di negara Philadelphia ini adalah merupakan paling unik di dunia apabila mempunyai konsep tersendiri dimana hiasan dari bilik mendedahkan kehidupan mewah yang raja yang jahat hidup selama lapan tahun penjara. Memang klasik habis.

Penjara Halden Prison, Norwegia

halden1

Penjara Halden Prison dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk studio muzik dan trek jogging yang menarik. Paling menarik mengenai penjara ini ialah apabila tetamu boleh berkunjung semalaman dan tidur bersama. Memang dah macam rumah dah, siap ada dua bilik yang dilengkapi dengan peralatan rumah yang lengkap. Penjara ini kononnya ingin mengubah banduan menjadi baik. Pehh! Rasa tak nak keluar lah

Penjara Bastoy, Norwegia

peee

Selain penjara Halden, negara skandavia ini juga masih memiliki sebuah penjara yang masih dikategorikan mewah. Banyangkan penjara yang ada pemandangan macam ni. Santai betul. Petang petang boleh roger member member lepak tepi sungai. Lawa weh pemandangan dia!

Penjara Otago Corrections Facility

1459786046090

Penjara yang admin rasa sesuai untuk orang yang kaki ‘workout’. Tak perlu dah bayar yuran bulanan mahal, hanya perlu buat satu kesalahan untuk masuk ke penjara ni. Yeah! Kebanyakkan penjara ini didiami oleh orang VIP kerana kemudahannya yang bertaraf antarabangsa. Siap ada perpustakaan besar dalam ni weh! Keseluruhan kos nak buat penjara ini dianggarkan sebanyak $ 218.000.000. Memang berbaloi rasanya! Hehe

Penjara Aranjuez

Penjara Aranjuez (Spanyol)_anehtapinyata.net

Jangan risau untuk yang berkeluarga, ini adalah penjara paling mesra kekeluargaan gitu. Konsep pun dah ala ala tadika. Penjara yang terletak di Sepanyol ini merupakan penjara yang bebas untuk membawa ahli keluarga. Yelah, siap ada taman permainan dan bilik nursery. Wahh. Menarik ni!

Penjara Leoben Austria

r

Jika anda mempunyai hati ingin melakukan jenayah tanpa kekerasan contohnya macam pecah rumah ke atau curi kucing ke. Penjara Leoben di Austria ini adalah tempat paling sesuai. Penjara ini cuma ambil kes kes ringan je. Gituu. Setiap banduan diberikan satu bilik peribadi, tandas dan dapur kecil, serta televisyen. Di sini juga ada kemudahan gelanggang bola keranjang dan kawasan rekreasi. Agak agak boring, boleh la buat tournament. Hehe

 Agak agak mana penjara korang willing nak masuk? Haha

Sumber : Takepart

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×