Memiliki personaliti yang sederhana dan bersahaja, maka tidak hairanlah Raja Permasuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah disayangi rakyat jelata. Malah, penampilannya yang simple berbaju kurung dan ditambah dengan selendang menjadi ikutan rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur.
Terbaru, perkongsian seorang pengguna Twitter telah memuat naik beberapa foto kanak-kanak yang ‘meniru’ penampilan baginda dan YDP Agong telah tular sehingga berjaya menarik perhatian Raja Permaisuri Agong kita ini.
Harap dapat menceriakan hari tuanku
‘Agong junior & permaisuri junior’
Comelnya!
‘Bersemut telefon baru saya’
Izinkan patik tambah semut lagi di iphone baru tuanku dengan video yang tidak seberapa ini. pic.twitter.com/jTWYKALo0P
— xx (@weallhungry) October 5, 2019
Perkongsian ini telah mendapat 10, 200 retweet dan 22, 200 likes oleh warganet sejak ianya dimuat naikkan di Twitter.
Sumber: Twitter Weallhungry