Seolah menetapi ramalan, anak kelahiran Kuching, Sarawak iaitu Francisca Luhong James berjaya meraih gelaran Miss Universe Malaysia 2020, semalam.
Francisca yang berusia 25 tahun, telah berjaya menewaskan 17 peserta lain ketika pertandingan tersebut diadakan di Damansara, Petaling Jaya. Kemenangan tersebut sekali gus melayakkan dirinya mewakili Malaysia di pentas Miss Universe 2020 kelak.
No words can describe
https://www.instagram.com/p/CEyUcNVhMzN/
Menurut Francisca, kemenangan yang dirai semalam merupakan kenangan paling terindah buat dirinya. Tambahnya, kemenangan tersebut juga merupakan hadiah buat semua orang kampung yang sentiasa memberi sokongan buat dirinya.
Mengimbas semula mengenai detik menyertai pertandingan Miss Universe, Francisca memberitahu ibunya merupakan insan pertama yang dimaklumkan mengenai hasrat tersebut. Jelasnya lagi, dia tidak sabar untuk memulakan kehidupan baru selepas ini dan membawa nama Malaysia ke peringkat dunia.
Anak bumi kenyalang
Menerusi acara kemuncak yang berlangsung semalam, Francisca Luhong telah berjaya menewaskan Charissa Chong dan Serena Chai yang masing-masing memenangi tempat kedua dan ketiga. Gadis yang berdarah Kayan, Kenyah dan Iban ini merupakan seorang pekerja dalam bidang perhubungan awam dan pemasaran di Kuala Lumpur.
Ketika beraksi di pentas kemuncak semalam, Francisca telah berjaya memukau mata juri dan penonton terutama ketika peringkat penilaian termasuk pertunjukan gaun malam, pakaian renang dan sesi soal jawab dengan pengacara majlis.
Cantiknya!
Tahniah!
Sidang media
Acara kemuncak Miss Universe Malaysia 2020 yang berlangsung secara dalam talian di laman sesawang rasmi pertandingan tersebut telah dihakimi oleh pengarah terkenal tanah air iaitu Datuk Hans Isaac, pemenang Miss Universe Malaysia 2011, Deborah Henry dan pereka fesyen Carven Ong.
Sumber: Francisca Luhong