Penyanyi Datuk Awie melakar sejarah apabila mengetuai persembahan tiga kumpulan rock ikonik negara iaitu Wings, Search Kid Din dan Dragon Malaya dalam Konsert Triad yang berlangsung pada Jumaat lalu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Awie ‘Sporting’ Layan Dua Anak Menari, Netizen Seloroh Nak Jadi Menantu – ‘Salam Daddy, Sihat Ke?’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Awie Rasmi Majlis Anugerah Sekolah, Netizen Puji Vokal Mantap Walaupun Guna Mikrofon & ‘Speaker’ Biasa
Kekal bertenaga nyanyi dua jam
Konsert yang berlangsung selama dua jam itu menyaksikan Awie menyanyikan sebanyak 25 buah lagu antaranya Sejati, Lipas Kudung, Kuda Tiga Kaki, Mabuk Cinta, Kejora, Nur Nilam Sari, Mentari Merah Di Ufuk Timur, Kereta Merah dan lain-lain.
Meskipun Awie, 57, terpaksa membuka kasut kerana mengalami kekejangan kaki namun tetap bertaring sebagai vokalis rock yang tiada tandingannya.
Seramai 2,400 penonton hadir memenuhi ruang Zepp Kuala Lumpur dan difahamkan tiket habis terjual.
Sejarah tidak boleh dibeli
Memetik laporan Harian Metro, Awie menyifatkan pengiktirafan yang diterima daripada Malaysia Book Of Records (MBOR) sebagai artis pertama yang mengetuai persembahan tiga kumpulan rock ikonik negara sebagai hadiah kerja keras selama 40 tahun.
Hasil kerja keras 40 tahun dalam industri muzik. Tiada lain daripada ingin mencipta sebuah sejarah.