berita

[FOTO] Badan Kekuningan Dilumur Kunyit, Ini Sambungan Kisah Si Putih ‘Pikachu’.. Comel Betul!

August 25th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Jika tidak dirawat, fungus yang menjangkiti kucing akan menyebabkan masalah kulit yang serius. Bulu mulai gugur dan kawasan yang dijangkiti menjadi botak serta berkerak. Sebagai salah satu rawatan alternatif, orang dulu-dulu menggunakan kunyit atau minyak goreng ikan untuk merawat penyakit ini.

Seperti perkongsian DakuCing Ku, si comel berwarna putih bertukar kekuningan selepas pemilik melumurkan badannya dengan serbuk kunyit yang dibancuh dengan air. Warna kekuningan si comel membuatkannya kelihatan seperti karakter animasi, Pikachu!

Lumur dengan kunyit

Lepas kena lumur dengan kunyit disebabkan fungus, bila dah kering terus jadi kuning macam Pikachu.

ThammapaSupamas (DakucingKu)

Mendapat lebih 67k perkongsian, orang ramai terhibur melihat transformasi si comel ini. Mana tidaknya, bulu yang berwarna putih bersih berubah menjadi kekuningan gara-gara serbuk kunyit!

Comelnya Pikachu

Disebabkan kisah si putih yang dilumur dengan kunyit dah viral. Ini ada sambungan kisahnya. Memandangkan warna kunyit belum hilang lagi & setelah di touch-up oleh tuannya akhirnya si putih benar-benar jadi PIKACHU #Pikameow ThammapaSupamas (DakucingKu)

Malah, pemilik turut menambaik baik imej dengan mewarnakan beberapa bahagian badan menyerupai karakter Pikachu yang menjadi kegemaran ramai. Alahai makin comel pula!

Fungsi kunyit untuk rawat kurap

Sumber : DakuCing Ku

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×