Sama cantik sama padan, pelakon Remy Ishak telah sah bernikah dengan pilihan hatinya iaitu Ezza Yusof dengan sekali lafaz di Masjid Negara, Kuala Lumpur pada jam 1:00 tengah hari. Pernikahan pasangan ini disaksikan oleh kedua-dua ahli keluarga terdekat dan sebentuk cincin sebagai mas kahwin.
Artikel berkaitan: [TERKINI] Remy Ishak Bakal Nikah Pagi Sabtu Ini
Artikel berkaitan: ‘Lapan Tahun Jatuh Bangun, Ezza Yusof Selalu Ada Di Sisi.. She Is The One’ – Remy Ishak
Kami kongsikan beberapa foto dan video pernikahan pasangan pengantin baharu ini untuk tatapan peminat. Tahniah Remy Ishak dan isteri!
Sama cantik, sama padan
View this post on Instagram
Persiapan pengantin perempuan
Foto: AdikZwan
Pernikahan bersejarah buat Remy Ishak dan Eeza Yusof diwalikan sendiri oleh abang kandung kepada pengantin perempuan iaitu Rozman Yusof. Busana pasangan mempelai direka khas oleh pereka fesyen muda terkenal tanah air iaitu Mirol Jonit, manakala sentuhan solekan oleh Chomel.
Sumber: Mode.miroljonit, AdikZkwan, Astro Gempak