Aktor kacak Remy Ishak mengakui tidak mudah untuk dia dan bakal isteri, Ezza Yusof menempuhi perjalanan lapan tahun perkenalan.
Artikel Berkaitan: [TERKINI] Remy Ishak Bakal Nikah Pagi Sabtu Ini
Artikel Berkaitan: Tak Nak Tangguh Kahwin Lagi, Remy Ishak Buat Majlis Sederhana – ‘SOP Yang Ditetapkan Hanya Saya, Bakal Isteri & Wali Sahaja’
She is the one
Menurut Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak, 39, berkata dalam tempoh perkenalan itu Ezza ada di sisinya di kala jatuh bangun.
Lapan tahun perjalanan kami… saya selalu cakap pada diri yang saya perlukan seorang yang memahami dan mengenali diri saya.
Bukan hanya kenal sebagai Remy Ishak tapi Zalimie Ishak juga. Sepanjang mengenali dia, sudah tentu ada pahit manis. Macam-macam berlaku dalam hubungan kami.
Tiga tahun pertama memang susah nak kenal saya… lepas itu kami pernah putus tunang dan saya pun ada kenal dengan orang lain juga tapi tak serasi.
Setiap kali saya ada masalah, jatuh dan bangun saya, Ezza sentiasa berada disisi saya. Orang yang boleh faham dan kenal saya adalah Ezza… she is the one.
Saya perlukan orang yang boleh memberi sokongan bukan sahaja dunia glamour tapi peribadi saya. Ezza pandang saya sama level… dia manusia, saya manusia.
Nak perhubungan sampai akhir hayat
Dalam pada itu, pelakon filem Sangkar menyatakan dia trauma dengan penceraian memandangkan lahir daripada family broken.
Oleh sebab itu, dia menggunakan tempoh masa yang lama untuk memastikan Ezza wanita paling tepat.
Saya nak sebuah perhubungan itu biarlah sampai akhir hayat. Saya pun lahir daripada ibu bapa yang berpisah. Perceraian satu trauma pada saya.
Saya tidak mahu benda yang sama berlaku pada saya. Jadi, dalam sebuah perhubungan itu kena ada kepercayaan dan kesetiaan.
Pada mulanya saya takut dia tak faham saya, kerjaya saya, tak faham masyarakat akan bercakap benda yang tak ada. Alhamdulillah, dia memahami.
Remy berkata demikian ketika dalam satu sesi bersama media yang dilakukan secara maya, sebentar tadi.
Terdahulu, Remy dan Ezza pernah mengikat tali pertunangan pada 2017, namun ikatan perhubungan mereka putus pada 2019.
Bagaimanapun, hubungan mereka dikatakan kembali pulih tahun ini selepas Remy membuat kejutan meraikan hari jadi Ezza di sebuah restoran.
Ia sekali gus mengesahkan ikatan cinta mereka kembali bertaut.
Difahamkan pasangan itu sepatutnya mengadakan majlis pernikahan pada Mei lalu, namun disebabkan pandemik Covid-19 majlis itu terpaksa dibatalkan.
Sumber: Instagram @remyishak