Desas-desus status hubungan pelakon lelaki terkenal, Remy Ishak bersama bekas tunangnya, Ezza Yusof akhirnya terjawab apabila pasangan ini dikhabarkan akan disatukan pada hari Sabtu ini.
Artikel berkaitan: [VIDEO] Giliran Bekas Tunang Buat Kejutan Sempena Hari Jadi Remy Ishak
Artikel berkaitan: Remy Ishak Buat Kejutan Hari Jadi Bekas Tunang, Siap Bagi Bunga! Cinta Berputik Kembali?
Bakal bersiap di sebuah hotel
Menurut laporan Harian Metro, Remy Ishak dan Ezza Yusof akan bersiap di sebuah hotel terkemuka sebelum dibawa ke lokasi pernikahan yang tidak didedahkan lagi oleh mereka. Difahamkan, pernikahan mereka akan berlangsung pada pagi Sabtu ini. Busana pernikahan mereka direka dan mendapat sentuhan pereka fesyen muda terkenal tanah air.
Berbicara lebih lanjut, pasangan ini sepatutnya mengadakan majlis pernikahan pada sekitar bulan Mei lalu, namun disebabkan oleh pandemik Covid-19 majlis tersebut terpaksa ditunda.
Terdahulu, Remy Ishak dan Ezza Yusof pernah putus tunang sekitar tahun 2019. Namun, tidak lama kemudian, netizen terbau bibit-bibit percintaan mereka terjalin semula susulan Remy Ishak meraikan hari jadi Ezza Yusof di sebuah restoran. Tahniah Remy Ishak dan pasangan!
Sumber: Harian Metro