Siapa tidak kenal dengan penyanyi Daiyan Trisha yang sebelum ini pernah berduet dengan penyanyi Youtube terkenal Sam Tsui. Penyanyi nama sebenar, Daiyan Trisha Binti Mohd Nasaruddin ini merupakan seorang pelakon sebelum menceburi bidang nyanyian. Memang cantik orangnya!
Terbaru, penyanyi tersebut telah memuat naik fotonya di Instagram sempena menghadiri pelancaran jam tangan terkenal di Perancis. Foto yang dikongsikan itu berjaya mencuri tumpuan netizen apabila mereka memuji busana yang dipakai olehnya.
Wow cantiknya!
Macam artis antarabangsa
Dress macam princess Elsa pun ada!
Nanti bersanding duduk sebelah saya
Melalui perkongsian foto tersebut, sesetengah netizen mencuit Daiyan mengenai topik perkahwinan serta bergurau untuk mengajak dia berkahwin.
Careful of the steps
Netizen juga menasihatinya supaya berhati-hati ketika berjalan memakai kasut tumit tinggi ketika berjalan di tangga.
You represent Malaysia so well!
Rata-rata netizen dan rakan artis memuji cara penampilan Daiyan Trisha serta sikapnya yang membawa nama dan imej Malaysia ketika berada di luar negara.
Sumber: Daiyan Trisha