berita

Foto ‘Closed Friends’ Luna Maya Tersebar, Tarikh 26 Ogos Jadi Tanda Tanya Peminat – ‘Bismillah BigDay’

August 22nd, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Kisah cinta Luna Maya sentiasa menjadi bualan ramai orang terutama peminat setia yang menanti khabar gembira. Seperti diketahui, Luna pernah mempunyai hubungan romantis dengan beberapa selebriti popular, antaranya Reino Barack dan Ariel Noah, namun sayang semuanya berakhir di tengah jalan.

BigDay 26 Ogos

Luna atau nama sebenarnya Luna Maya Syafei kembali menjadi perhatian ramai selepas membuat satu hantaran di Instagram Stories.

Posting wanita berusia 37 tahun itu sebenarnya hanya ditujukan untuk close friends atau rakan terdekat, bagaimanapun telah tersebar kepada umum dan dikongsi semula oleh peminat di Instagram.

Menerusi entri tersebut, apa yang menjadi tumpuan adalah cincin yang disarung di jari manis Luna beserta kapsyen yang ditulisnya.

Big day 26/8…bismillah.

Mohon mendoakan

Meskipun tidak menjelaskan maksud kapsyen yang ditulis, rata-rata netizen mula membuat andaian bahawa pelakon filem Filosofi Kopi 2: Ben & Jody bakal bertunang atau terus berkahwin pada tarikh tersebut.

Minta doa sahaja kawan-kawan. Untuk lebih lanjut, tunggu 26 haribulan ini.

Terdahulu, Luna dikhabarkan sudah mempunyai pasangan, tetapi memilih untuk merahsiakan dari orang ramai. Luna juga mengesahkan berita itu ketika dia menjadi tetamu jemputan di saluran Youtube Boy William, baru-baru ini.

 

Sumber: Kapanlagi, Instagram @lunamaya

SKIP THIS AD ×