berita

Foto : Dato’ Siti Rai Ulangtahun Ke-35

January 13th, 2014 | by Noraniza
Lensa Insta

Dato Siti Nurhaliza Live In KLCC-14

Tanggal 11 Januari yang lalu, laman sosial Twitter dan Instagram milik Dato’ Siti Nurhaliza telah dibanjiri dengan ucapan selamat hari lahir daripada peminat tegar beliau.

Jika tarikh keramat itu bagaikan terpahat dalam ingatan peminatnya, apatah lagi di kalangan ahli keluarga dan sahabat terdekat. Buktinya, sambutan ulangtahun beliau yang ke-35 disambut meriah dalam dua buah majlis yang berbeza.

Screen Shot 2014-01-13 at 2.55.37 PMPekerja Simplysiti Sdn. Bhd. meraikan ulang tahun ke-35 Dato’ Siti Nurhaliza

Sambutan pertama diadakan di ruang pejabat beliau oleh para pekerja Simplysiti Sdn. Bhd. Dalam majlis itu, Dato’ Siti Nurhaliza telah menerima sebuah hadiah istimewa berupa sebuah potret besar dirinya.

Majlis sambutan hari lahir  Dato’ Siti yang kedua dilihat lebih istimewa kerana telah dirancang sendiri oleh ketiga-tiga orang anak lelaki beliau.

Melalui gambar dimuatnaik menerusi akaun Instagram Dato’ Siti, terdapat beberapa video menarik yang telah dikongsikan, terutamanya video Dato’ Siti yang sedang menari bersama suami kesayangannya.

Jom kita layan video dan foto sambutan hari lahir penyanyi tersohor tanah air ini!

Kredit foto : Instagram Dato Siti Nurhaliza

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×