berita

[FOTO] Demi Ingin Berbuka Puasa, Lihat ‘Idea Bernas’ Dilakukan Oleh Penjaga Gol Tunisia Ini.. Baik Punya!

June 4th, 2018 | by Ash Nordin
Kini Trending

Tidak lama dahulu pemain sensasi dari Mesir, Mohamed Salah mendedahkan bahawa dia tidak akan buka puasa walaupun dia tersenarai dalam kesebelasan utama untuk beraksi bersama pasukan Liverpool dalam peringkat akhir Liga Juara-juara Eropah. Walaubagaimanapun nasib Salah tidak baik kerana ditimpa kecederaan di bahagian bahu.

Terbaru, pasukan bola sepak Tunisia telah mendapat liputan meluas dari media antarabangsa apabila penjaga gol mereka membuat ‘sesuatu’ demi ingin buka laluan rakan sepasukannya berbuka puasa.

Pura-pura ditimpa kecederaan

Baru-baru ini, pasukan bola sepak Tunisia mencari jalan terbaik untuk mereka berbuka puasa dalam perlawanan persahabatan sempena Piala Dunia 2018 yang akan berlangsung tidak lama lagi. Penjaga gol Tunisia, Mouez Hassen telah berpura-pura jatuh sakit pada awal babak perlawanan separuh masa kedua ketika perlawanan menentang Portugal.

Ketika Hassen terbaring akibat ‘kecederaan’, para medik telah masuk ke padang dan pada ketika itu, rakan sepasukan ambil masa yang ada untuk berbuka puasa di bahagian tepi padang. Mereka dilihat menjamah buah kurma dan air mineral.

Sebelum berbuka, mereka ketinggalan 1-2 (Portugal) dan akhirnya perlawanan persahabatan itu terikat 2-2.

Situasi sama berlaku ketika menentang pasukan Turki pada Sabtu lepas, apabila Hassen sekali lagi mengadu ditimpa kecederaan pada minit ke-49 perlawanan. Perlawanan itu turut berakhir dengan keputusan 2-2.

Sumber: Al-Jazeera

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×