Akhirnya suami kepada pelakon cantik ini memberi respon mengenai isu Diana Danielle yang tampil dengan hanya memakai coli hitam dan bendera Amerika Syarikat baru-baru ini di sebuah majalah berbahasa Inggeris.
Bukan itu sahaja, isu ini dilihat berlarutan apabila sekali lagi Diana tampil super seksi untuk sesi penggambaran di majalah yang lain pula.
Artikel Berkaitan:
- Foto Diana Danielle Hanya Pakai Bra & Bendera USA Untuk Majalah Ini!
- [PANAS] Foto Seksi Diana Danielle Untuk Majalah GLAM Pula Tersebar!
Namun, komen yang diberi oleh Farid Kamil ini dianggap agak memeranjatkan kerana katanya….
Tak Mahu Campur Peribadi & Karier
“Saya minta maaf kerana tidak dapat menjawab isu ini kerana sebagai suami, saya tidak mahu mencampur aduk urusan peribadi dan karier dalam satu masa.
Saya juga serahkan kepada pihak pengurusan Diana untuk menjawab isu yang sensitif ini. Saya berdoa kepada Allah SWT perkara yang baik-baik saja dalam hidup kami.” Sumber – my Metro
Bagaimanapun, menurut laporan yang sama, Farid memberitahu bahawa dia agak terkilan dengan isu terbabit dan ada berbincang dengan Diana mengenai hal ini supaya ia tidak terus berulang.