berita

Foto Doktor Pakar Sekeluarga Disahkan Positif Covid-19 Undang Sebak

March 27th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Di Perak, seorang doktor pakar bersama isteri dan anak-anaknya telah dimasukkan ke Hospital Permaisuri Bainun, Ipoh selepas mereka sekeluarga disahkan positif Covid-19. Kisah ini telah dikongsikan oleh isteri beliau di laman Facebooknya, Gold Amy Edriena.

Perkongsian wanita ini telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya sedih dengan nasib yang menimpa mereka sekeluarga.

‘Doakan kami satu family sembuh’

Menerusi perkongsian tersebut, Amy Edriena memberitahu bahawa dia bersama suami dan anak-anaknya kini berada di Hospital Permaisuri Bainun, Ipoh untuk dikuarantinkan selepas mereka disahkan positif Covid-19.

Menceritakan kisah itu, wanita ini turut memaklumkan bahawa suaminya juga merupakan seorang doktor pakar yang berkhidmat di bahagian kecemasan Hospital Teluk Intan.

Assalamualaikum doakan kami sembuh family positive covid-19. Now admit at Ipoh Hospital, suami saya seorang pakar Hospital Teluk Intan di Jabatan Kecemasan.

‘Terima kasih pada polis’

Difahamkan, mereka sekeluarga bersama beberapa orang pesakit yang lain kini telah dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, mereka turut meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada petugas-petugas kesihatan atas layanan dan khidmat bantuan yang diberikan sepanjang 4 hari mereka sekeluarga berada di Hospital Permaisuri Bainun.

Bismillah, kami dengan beberapa patient telah dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk rawatan lanjut. Di escort dengan 2 pegawai polis trafic, Alhamdulilah agar melancarkan perjalanan kami. Terima kasih yang tak terhingga pada semua petugas Hospital Ipoh hanya Allah dapat balas jasa baik semua setelah 4 hari di Hospital Ipoh.

Semoga cepat sembuh

Sumber: Gold Amy Edriena

SKIP THIS AD ×