berita

[FOTO] Fasha Sandha Dedah Wajah Anak, Comelnya Baby Aisha!

August 7th, 2020 | by Amirul Asraf
Lensa Insta

Pelakon, Fasha Sandha telah selamat melahirkan anak ketiganya hari ini. Berita tersebut dikongsikan oleh suaminya iaitu Aidil Aziz menerusi akaun Instagramnya.

Artikel berkaitan: Fasha Sandha Selamat Lahirkan Baby ‘A’, Rayfal & Jemyma Dapat Adik!

Terbaru, Fasha memuat naik beberapa foto anak perempuanya itu.

Aisha

Assalamualaikum dunia. Hari ni hari pertama Aisha ke dunia ni. Hari Jumaat, 7.8.2020. Terima kasih kerana mendoakan yang baik-baik buat Aisha, ibu dan seluruh keluarga. Terima kasih, Team Dato Dr Rafi Daripada UMRA Medical Centre yang menjaga Aisha dan ibu dengan baik. Syukur Alhamdulillah. Terima kasih Semua.

Fasha turut mendedahkan nama anaknya iaitu Aisha. Tambahnya, dia berterima kasih kepada semua warga hospital yang menjaga dia dan Aisha daripada mengandung sehingga bersalin. Rata-rata rakan artis dan para peminat memberi ucapan tahniah buat Fasha dan Aidil. Mereka turut memuji wajah comel bayi tersebut.

Tahniah babe!

Sumber: Fasha Sandha

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×