berita

[FOTO] Gadis Malaysia ‘Spotted’ Di Piala Dunia 2018. Lagi Cun Dari Awek Colombia, Brazil & Poland Tu

June 26th, 2018 | by Ash Nordin
Kini Trending

Tidak dapat dinafikan kempen Piala Dunia telah menyatu padukan penduduk di setiap pelusuk negara. Walaupun warna kulit berlainan dan tidak kenal antara satu sama lain, namun sukan bola sepak ini mampu memupuk perpaduan antara kaum. Jika anda masih ingat, tidak lama dahulu bendera Pakatan Harapan yang digantung di stadium ketika perlawanan Senegal menentang Poland telah mendapat perhatian rakyat Malaysia.

Terbaru, tular pula foto seorang gadis Melayu yang kini berada di Russia untuk menyaksikan pertandingan terhebat bola sepak itu. Alahai manisnya.. Kalah awek Colombia, Poland dengan Brazil tu.

Kibarkan jalur gemilang di acara sukan paling berprestij di dunia

Wajah gadis ini mula jadi perhatian netizen apabila satu akaun di Facebook telah memuat naik beberapa foto gadis dari Malaysia yang kini berada di Russia untuk menyaksikan acara terbesar bola sepak. Kami pasti setiap peminat bola sepak ingin merasai kehangatan Piala Dunia dan gadis ini telah pun berjaya jejakkan kaki ke sana. Tapi ada juga sesetengah mengatakan bahawa gadis manis ini memang melanjutkan pelajaran di Russia.

Support England ke Perancis ni?

Comel, punyai senyuman yang manis

Sumber: Facebook Denaihati Network

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×