berita

[FOTO] Gadis Tawar Khidmat Lukis Potret Bantu Ayah Sakit Buah Pinggang Tahap Empat

March 19th, 2019 | by Arini Saleh
Kini Trending

Baru-baru ini viral di laman Twitter seorang gadis menawarkan khidmat melukis potret demi untuk menyara keluarga. Khidmat yang ditawarkan berharga serendah RM30 sehingga RM50.

Apa yang menariknya, potret yang dilukis menjadi dan sangat mirip dengan wajah asal.

Nak sara keluarga

Menerusi temuramah mStar Online, gadis yang dikenali sebagai Nur Aisyah ini tidak sambung belajar demi untuk membantu menyara kos hidup keluarga.

Tambahan pula, ayahnya kini berada di Hospital Selayang untuk menjalani rawatan sakit buah pinggang.

Ayah saya menghidap penyakit kegagalan kedua-dua buah pinggang tahap empat dari tahun lepas dan dua tiga bulan ini, penyakit ayah semakin teruk.

Sejak ayah tidak bekerja dan berada di Hospital Selayang , saya juga menjual makanan Takoyaki untuk tolong ibu saya.

Sejak tweetnya viral, dia telah menerima lebih 70 mesej bertanyakan mengenai khidmat potret yang ditawarkan.

Alhamdulillah sambutan daripada pelanggan tidak menang tangan dan sekarang ni ramai yang dah order. Ada juga yang baik hati ingin memberikan sumbangan namun saya menolaknya dan hanya menerimanya jika mereka ingin membeli potret hasil lukisan saya.

Untuk pelanggan saya, terima kasih kerana terus memberi semangat dengan potret yang dihasilkan oleh saya sendiri. Saya sangat hargai

Tambah Nur Aisyah lagi, dia berharap agar ayahnya kembali sembuh seperti sedia kala.

Hasil karya

Mengaku pada awalnya tidak yakin dengan kebolehan diri,  dorongan daripada rakan-rakan membuatkan dia kembali semangat untuk melukis dan berbakti kepada keluarga.

Pada mulanya, saya melukis untuk suka-suka dengan ‘shading’ yang tidak kena tetapi saya teruskan juga sebab minat yang mendalam.

Saya juga hampir putus asa untuk belajar melukis tetapi dengan sokongan rakan-rakan, saya terus kuat semangat dalam mempelajari seni lukis ini.

Katanya, ibu sekarang tidak lagi bekerja kerana menjaga bapa yang perlu kerap menjalani rawatan di hospital.

Sumber : mStar Online

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×