berita

Foto Hanez Suraya Dengan Kekasih Baru?

November 17th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

kekasih-baru-hanez-suraya

Wow. Not bad. Itulah persepsi pertama kami apabila melihat 5 foto pelakon cantik, Hanez Suraya dengan seorang lelaki yang didakwa merupakan kekasih barunya itu.

Bukan calang-calang jejaka yang dipilih oleh Hanez tau! Khabarnya lelaki yang digelar sebagai ‘S’ ini merupakan juruterbang Malaysia Airlines.

Setahu kami, Hanez pun baru sahaja mengumumkan bahawa percintaannya dengan Romie sudah pun berakhir selepas dikecam teruk oleh orang ramai. Sampai tiada job terus dibuatnya.

gambar-kekasih-baru-hanez-suraya

Bagaimanapun, kami tidak pasti status sebenar hubungan Hanez dengan jejaka tersebut. Adakah mereka baru sahaja di tahap mengenali hati budi masing-masing ataupun sudah declare couple?

Nak tahu lebih lanjut kenalah tanya si empunya badan. Tapi, jika gosip ini benar, kami nak jadi antara orang yang terawal mengucapkan tahniah kepada Hanez. Moga-moga lepas ni karier Hanez pun akan pulih seperti sediakala.

Sumber: Ammboi Dot Com

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×