berita

Foto Hanez Suraya Mirip Jennifer Lopez

November 4th, 2014 | by Noraniza
Lensa Insta

hanez suraya

Siapa cakap Hanez Suraya dah tiada peminat? Jangkaan anda semua ternyata salah sebab sebenarnya pelakon yang pernah dihambat kontroversi bercinta dengan suami orang ini mempunyai kelompok peminatnya tersendiri.

Buktinya, setiap foto yang dimuat naik oleh Hanez menerusi laman Instagramnya akan tetap mendapat beribu-ribu jumlah likes dan komen daripada peminat.

Malah, foto Hanez tepi laut ni jadi kegemaran peminatnya yang mengatakan pelakon berusia 29 tahun itu sudah persis selebriti antarabangsa, Jennifer Lopez. Wow!

hanez suraya vs jennifer lopez

Nampaknya kedudukan Ziana Zain yang diberi jolokan Jennifer Lopez sejak dahulu sudah mula tergugat dengan kecantikan Hanez yang semakin menyerlah. Huhu.

Tapi sayangnya, wajah cantik Hanez sudah kurang dipaparkan di kaca televisyen dan panggung wayang kerana dipercayai masih dalam senarai ‘blacklist’ pengarah drama dan filem.

Namun, dengan kewujudan laman Instagram, dapatlah peminat-peminat Hanez mengubat kerinduan. Soal rezeki berlakon tu, serahkan sahaja kepada Allah SWT.  Betul tak?

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×