Jika sebelum ini, bekas Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Hans Isaac memberitahu bahawa dia akan membantu dan memberi sumbangan kepada golongan karyawan yang memerlukan.
Berpegang pada janji yang dibuat, Hans memuat naik satu posting di Instagram mengenai sumbangan yang akan diberikan.
Saya dah dengar cerita
View this post on Instagram
Hari ini saya dapat berjumpa dengan lebih 80 crew dan individu produksi filem yang terkesan dari situasi covid-19. Saya dah dengar cerita mereka, it’s a tough time right now. Ini masanya untuk kita bersama, we have to take care of each other. Will keep helping the little I can. We all need help at times. Nantikan perkongsian saya dengan ahli industri ini dalam FB Official saya nanti.
Menurut Hans, dia berpeluang berjumpa dengan 80 orang krew dan beberapa individu yang terkesan akibat pandemik yang melanda negara. Tambahnya, dia turut mendengar cerita daripada pihak mereka dan menghulurkan sumbangan berupa barangan keperluan.
Kita jaga kita
Sumber: Hans Isaac