berita

[FOTO] Hanya RM64, Wanita Kongsi Hasil Day Trip Bajet Ke Pulau Kapas, Cantiknya View!

June 22nd, 2020 | by Arini Saleh
Travelogue

Terengganu merupakan salah satu negeri yang menjadi tumpuan pelancong asing. Selain daripada hasil seni, Terengganu juga terkenal dengan pulau-pulau yang menyajikan pemandangan semula jadi memukau.

Seperti perkongsian wanita ini, dia dan keluarga ke Pulau Kapas dengan bajet hanya RM64 untuk day trip. Lihatlah sendiri foto sepanjang perjalanan mereka ini, memang cantik!

Day trip ke Pulau Kapas

RM64 jerr tapi view dia mahal. Mana yang tak tahu, pulau yang air dia jernih dekat Terengganu ni bukan dekat Pulau Redang dengan Pulau Perhentian je.

Pulau Kapas pun jernih oi. Murah pulak tu. Aku amik day trip je termasuk hiking Bukit Singa, boat transfer return dengan snorkelling. Pulau ni mesra budak. Dekat gigi laut tu air cetek, jernih, ada anak ikan berenang dengan geng dia. Anak aku siap main kejar-kejar dengan dorang.

Tak crowded, tenang je layan view. Mana nak pergi ikut pakej untuk stay overnight boleh, nak walk in agent dekat jeti Marang pun boleh.

Music – Family of the year (Hero)

Bukit Singa macam Lion King

Batu depan tu nama dia Bukit Singa. Kalau tengok dari certain angle memang nampak macam Lion King tengah terbaring.

Kalau nak berkayak pun boleh RM20 tak silap harga sewanya.

Air yang jernih

Ko tengoklah Subhanallah jernihnya air dia.

Manalah orang tak geram tengok air crystal clear macam ni. Cuba zoom sikit nampak tak ikan and the geng tengah berenang berirama tu.

Kawasan berbatu yang cantik

Make sure pakai kasut yang betul-betul grip kalau nak hike Bukit Singa ni sebab kawasan berbatu.

Watch your step.

Sementara tunggu abang boat amik kita balik ke jeti.

Sumber : Hani Shamsuddin

The following two tabs change content below.

Arini Saleh

Content Champion at Rev Asia Berhad
'Writing is my passion, not my job' - AE Croft