berita

[FOTO] Hujan Renyai, Suasana Sayu Iringi Pemergian Nur Afini Roslan. Al Fatihah

February 14th, 2018 | by Ash Nordin
Kini Trending

Semalam Malaysia digemparkan dengan berita kematian ngeri remaja bernama Nur Afini Roslan, 14 tahun yang maut akibat terkena bilah pisau mesin pemotong rumput di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tuanku Abdul Rahman. Arwah ketika itu dikatakan sedang menjalani latihan perbarisan sempena hari sukan sekolah.

Arwah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung FELDA Sungai Kelamah, Gemas, jam 10 malam semalam.

Dihadiri kira-kira 100 ahli keluarga, guru dan rakan

Sebelum pengebumian, jenazah terlebih dahulu dibawa dari Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban pada jam 5.45 petang. Iaitu selepas proses bedah siasat dijalankan. Selepas itu, jenazah dibawa pulang ke rumahnya di kampung itu untuk disembahyangkan dan seterusnya jenazah dibawa ke kubur kira-kira jam 9.20 malam.

Pengebumian Nur Afini dihadiri kira-kira 100 ahli keluarga, saudara-mara, guru dan rakan sekolahnya.

Sumber: Facebook BOM321

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×